Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Patah Pergelangan Tangan...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki patah pergelangan tangan kanan selepas tersepit pada...

Hujan Lebat Luar Biasa...

PUTRAJAYA - Hujan lebat luar biasa merupakan antara punca banjir kilat di sekitar...

MB Johor Tak Hadir...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Osman Sapian tidak hadir ke sesi Pemukiman...

MH17: 5 Negara Utama...

NEW YORK - Lima negara yang menyiasat nahas pesawat MH17 milik Malaysia Airlines...

Seorang Tahanan Etnik Uighur Ditahan Tentera

ALOR SETAR – Polis Kedah mengesahkan seorang daripada etnik Uighur yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao, Thailand ditahan di kawasan Bukit Tangga dekat Bukit Kayu Hitam petang semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff ketika mengesahkan tangkapan itu berkata tahanan terbabit ditahan sepasukan tentera yang berada di pos kawalan berhampiran kawasan itu pada 4 petang selepas ditemui orang awam dan kemudian menyerahkannya kepada anggota keselamatan itu.

“Tahanan yang berumur lingkungan 30-an tersebut melalui kawasan Bukit Tangga dengan berjalan kaki,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan semua pengetua sekolah menengah di seluruh negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Asri berkata pihak berkuasa Thailand telah dimaklumkan tentang tangkapan itu dan kini tahanan berkenaan ditahan di lokap Balai Polis Jitra.

Beliau berkata polis di negeri ini akan mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi membantu pihak berkuasa Thailand mengesan saki-baki tahanan berkenaan selain mengambil langkah mengedar poster gambar tahanan yang melepaskan diri itu di semua agensi kawalan dan keselamatan di sempadan.

Dalam kejadian pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam, 20 etnik Uighur Muslim dari China yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal mereka melarikan diri dari pusat tahanan berkenaan.


Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan dilaporkan berkata lima daripada tahanan terbabit telah ditahan semula manakala bakinya dipercayai telah merentasi sempadan untuk memasuki negara ini.

Pada masa ini, kira-kira 200 etnik Uighur sedang ditahan di pusat-pusat imigresen Thailand bagi menunggu dihantar pulang selepas Beijing mendesak mereka dihantar pulang. – BERNAMA

Kategori