Seorang Rentung, Seorang Cedera Kereta Terbakar

SEMPORNA – Seorang mangsa rentung manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbakar di Perumahan Semporna Centre, Jalan Batu di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Hizam Borhan dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.15 pagi dan segera mengejarkan dua jentera bersama tujuh anggota lokasi kejadian, seminit kemudian.

Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan mangsa yang cedera dikenali sebagai Muhammad Basran Tuara manakala mangsa yang rentung masih belum dikenal pasti.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital. – BERNAMA