Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penganjur Baharu Yakin LTdL...

KUALA LUMPUR - Penganjur baharu perlumbaan jelajah berbasikal terunggul Asia, Le Tour de...

PPM Sabah Tahan 3...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan tiga lelaki warga asing dan merampas...

Tudung Merdeka Trend Raikan...

SHAH ALAM - Trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan...

India: Antara Destinasi Emas...

CHINA dan India, dua negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi dunia. Namun,...

Seorang Lagi Tahanan Didakwa Bunuh Bekas Peninju Negara

SHAH ALAM – Seorang lagi tahanan reman dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bekas peninju negara, G. Ramkumar di Penjara Sungai Buloh, dua minggu lepas.

Abdul Halim Yusof, 35, didakwa bersama-sama 13 individu lain yang telah dituduh, sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan telah menyebabkan kematian Ramkumar, 25.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Sel 51 dan Aras 2, Wing 3, Blok Abadi 2, Penjara Sungai Buloh dekat sini, antara 12.45 tengah hari hingga 1 tengah hari, pada 16 April lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Abdul Halim.

Majistret Raja Noor Adila Raja Mahyaldin menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Semalam, 13 tahanan reman di penjara yang sama dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh Ramkumar.

Kesemua tertuduh adalah Muhamad Mustaqim Anas, 24; Mohd Hisham Mohd Daud, 33; Muhammad Faizal Mahemod, 33; Mohd Basiran Mohd Bharuddin, 27; Ahmad Hanafi Ahmad @ Sufaat, 47; Bariq Ashlami Abdullah, 24; Sahrol Afindi Sahanudin, 25; Mohd Iszaruddin Ismail, 25; Mohd Rajis Abdul Rahim, 33; Mohd Zaki Shaari, 30; Noor Fadzlee Zizan, 24; Sophian Dahlan, 34; dan Noridil Fitri Nordin, 31.

Ketika kejadian, Ramkumar, pemenang pingat perak dalam kejohanan tinju kategori 69kg di temasya Sukan SEA Myanmar 2013, sedang menjalani tahanan reman berhubung satu kes culik di Klang.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang tahanan lelaki maut ditikam dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Penjara Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Rozi Jidin dilaporkan berkata siasatan awal mendapati mangsa maut ditikam suspek menggunakan senjata tajam di bahagian belakang badan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori