Seorang Cedera Kemalangan Babit 3 Kenderaan

SEREMBAN – Seorang lelaki cedera apabila apabila kereta Perodua Viva yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di KM265, Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan, awal pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Khairudin Mohammad berkata dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi itu, lelaki berkenaan dalam perjalanan menuju ke Seremban.

“Kami tiba di lokasi 15 minit kemudian dengan kekuatan enam anggota dan ketika itu, mangsa telah dikeluarkan daripada kereta oleh orang awam.

“Dua lagi pemandu kenderaan Toyota Hilux dan Toyota Camry tidak mengalami sebarang kecedaraan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Khairudin berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

Loading...