Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Priyanka Gesa Dunia Bantu...

DHAKA - Bintang Bollywood, Priyanka Chopra menggunakan kemasyhurannya bagi menarik pemimpin dunia dan...

Asteroid Dijangka Hampiri Bumi...

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) mengesahkan sebuah asteroid...

Ramai Hadir Kuliah Nik...

KUALA LUMPUR - "Tok Guru Nik Aziz (bekas Murysidul Am PAS, Allahyarham Datuk...

Pistol Riot Hilang, Ditemukan...

KUCHING – Sepucuk pistol separa automatik jenis Smith and Wesson yang ditemukan di...

Sengsara Disengat Lebih 100 Ekor Tebuan

KOTA BHARU – “Saya hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum melarikan diri,” kata Mohamad Saiful Hazami Mat Ghani, 11, selepas disengat lebih 100 ekor tebuan di Kampung Tendong, Pasir Mas, minggu lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang, 21 Julai lalu, Mohamad Saiful dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tendong sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Dia bagaimanapun dirujuk Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut dan kini beransur pulih.

Menceritakan detik cemas itu, Mohamad Saiful berkata, sebelum kejadian dia sedang mandi di sungai berhampiran rumahnya bersama beberapa rakannya.

Katanya, ketika sedang mandi, dia berasa sakit perut dan terus pulang ke rumahnya.

“Dalam perjalanan pulang ketika saya melalui lorong kecil sebelum secara tiba-tiba sarang tebuan di pokok berhampiran jatuh ke tanah.

“Saya terus diserang tebuan itu dan hanya mampu menjerit meminta tolong selepas terasa sakit di badan dan kepala.


“Tanpa berfikir panjang, saya melarikan diri ke rumah jiran untuk berlindung dan terus dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di Wad Kanak-kanak HUSM di sini hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa Noraini Ismail, 46, berkata, pegawai perubatan memaklumkan terdapat lebih 100 kesan sengatan di belakang badan anaknya dan perlu dibawa ke hospital segera.

“Di HUSM, doktor melakukan pembedahan di leher untuk mengeluarkan bisa dan mencuci buah pinggang.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kini keadaan anak sudah beransur pulih seperti sedia kala,” katanya. – BH Online

Kategori