Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 5,000 Individu Diisytihar...

IPOH - Seramai 5,845 individu di Perak telah diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi...

Tertimbus Separuh Badan, Nor...

GEORGE TOWN - Mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit...

Pelaksanaan Bekalan Air Berjadual...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan bekalan air secara berjadual di Kota Tinggi dan Johor...

RM50,000 Lagi Diperlukan Baik...

KUALA LUMPUR - Projek membaik pulih piano milik seniman agung negara, Allahyarham Tan...

Semua Rakyat Malaysia Perlu Sokong Rombakan MAS

KUALA LUMPUR – Semua rakyat Malaysia perlu menyokong penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS) agar ia dapat mengembalikan zaman kegemilangannya, kata seorang bekas menteri hari ini.

Tan Sri Dr Chua Soi Lek, bekas Menteri Kesihatan dan Presiden MCA berkata, rombakan besar-besaran untuk meletakkan syarikat penerbangan itu di atas landasan ke arah keuntungan bermula dengan baik dengan mengurangkan jumlah kakitangannya.

“Adalah jelas MAS terlebih kakitangan berbanding syarikat penerbangan lain seperti AirAsia.

“Jika anda lihat kepada jumlah pesawat, AirAsia kini mmepunyai lebih banyak pesawat daripada MAS, mereka terbang ke lebih banyak laluan berbanding MAS, tetapi pekerja mereka cuma 11,000 manakala MAS 20,000.

“Oleh itu mengurangkan pekerja adalah satu daripada perkara pertama yang mereka perlu lakukan bagi mengurangkan kos,” katanya kepada Bernama.

Dr Soi Lek yang juga bekas anggota Majlis Ekonomi Negara berkata, rundingan semula pelbagai kontraknya adalah satu lagi langkah penting yang diambil kerana “setiap orang sedar dan setiap orang bercakap mengenai kontrak MAS yang terlebih harga.”

“Oleh itu jika anda terlebih pekerja dan terlebih harga, anda tidak kompetitif kerana pendapatan anda kurang daripada kos dan bertahun-tahun MAS beroperasi dengan pesawatnya penuh muatan, tetapi pendapatannya tidak mampu menampung kos operasinya, perkara itu berlarutan bertahun-tahun,” katanya.

Malangnya, katanya, tiada sesiapa berani atau mempunyai kesanggupan untuk mengatasi masalah itu yang menyebabkan syarikat penerbangan itu terus mengalami kerugian.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller baru-baru ini menegaskan yang MAS tidak boleh bersaing dalam persekitaran semasa kerana kos operasinya 20 peratus lebih tinggi daripada syarikat penerbangan lain.

Sebelum ini telah didedahkan yang kos senarai gaji MAS terlalu tinggi di samping kekurangan proses pemerolehan yang canggih.

Mueller turut menyatakan yang syarikat penerbangan itu mempunyai lebih 20,000 pembekal kecil yang menjadikan sukar untuk MAS memperoleh diskaun yang banyak ketika membuat tempahan.

Beliau berkata, syarikat penerbangan seperti MAS secara idealnya perlu mempunyai antara 2,000 dan 2,500 pembekal.

Pada awal Mei lepas, Brahim’s Holdings Bhd, satu daripada vendor utama MAS, menandatangani beberapa perjanjian baharu di mana terdapat 20 hingga 25 peratus pengurangan dalam kos berbanding apa yang MAS bayar di bawah pengurusan sebelum ini.


Pada 1 Jun lalu MAS telah menghantar surat pemberhentian kerja kepada semua 20,000 tenaga kerja di mana hanya dua pertiga akan ditawarkan kerja semula dalam entiti baharu, MAS Bhd.

Syarikat penerbangan baharu itu, satu entiti yang lebih kecil, akan hanya mampu menampung kira-kira 14,000 pekerja.

Dr Soi Lek berkata, menghapuskan 6,000 pekerjaan yang sedang dilakukan syarikat penerbangan itu adalah tindakan penting kerana MAS perlu sentiasa dianggap sebagai entiti komersil dan bukannya badan kebajikan oleh kerajaan untuk menawarkan pekerjaan kepada orang ramai.

“Ia adalah salah. Jika anda menguruskannya sebagai usaha komersil, anda mesti melihat kepada keuntungan.

“Dalam kes ini, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertanggungjawab kepada pemegang sahamnya, GLC juga bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia.

“Semua wang, RM6 bilion yang dilabur oleh Khazanah Nasional, datang daripada rakyat,” katanya dengan menambah rakyat mempunyai kepentingan dalam kejayaan penstrukturan semula MAS dan masa depannya.

“Sudah tentu kita memahami kesatuan pekerja mahu menjaga kepentingan pekerja, tetapi kesatuan terbabit tidak boleh lupa terdapat pepatah Cina, jika anda berada di atas kapal, anda mesti memastikan kapal itu tidak tenggelam.

“Jika kapal itu tenggelam, semua orang akan tenggelam bersamanya. Tetapi kesatuan sejak lama dulu tidak bersetuju dengan penstrukturan semula, boleh saya katakan mereka tidak begitu memberi sokongan,” katanya.

Dr Soi Lek menggesa kesatuan terbabit mengutamakan kepentingan nasional berbanding kepentingan 20,000 pekerja itu kerana tidak ada kerajaan atau agensi perlu menawarkan pekerjaan seumur hidup.

“Ini adalah abad ke-21, malah orang Jepun turut menerima idea, jika mereka bermula dengan syarikat A, mereka mungkin berpindah ke syarikat-syarikat lain ketika usia meningkat. Tiada lagi pekerjaan seumur hidup, tiada lagi,” katanya.

Bekas menteri itu juga berkata, Khazanah Nasional yang memiliki MAS sangat adil dalam pelbagai pakej pampasan untuk pekerja yang diberhentikan dan kesatuan perlu menerimanya dengan fikiran terbuka untuk kebaikan mereka sendiri. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori