Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lapan PPS Kekal Sedang...

ALOR SETAR - Kerajaan sedang membina lapan dewan untuk dijadikan pusat pemindahan sementara...

Warga AS Antara Korban...

WASHINGTON - Seorang warga Amerika adalah antara yang terbunuh dalam serangan terhadap sebuah...

MetMalaysia Ramal Banjir Kali...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan banjir yang sedang melanda Pantai...

Video: Seram Temui ‘Jenglot’...

ALANGKAH terkejutnya seorang petugas Pusat PosLaju Malaysia di Shah Alam, Selangor apabila mendapati salah...

Semua Lorong Pelepasan Di Tambak Johor Dibuka Semula

SINGAPURA – Semua lorong di tambak menuju Johor Bahru yang ditutup awal pagi tadi ekoran kemalangan jalan raya kini telah dibuka semula.

“Operasi di pusat pemeriksaan Woodlands telah beroperasi seperti biasa,” menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dalam pengemaskinian 8 pagi Facebooknya.

Terdahulu pada 2.30 pagi, ICA memuatkan naik maklumat tentang penutupan sementara lorong pelepasan ekoran kemalangan jalan raya tetapi dua jam kemudian mengemaskini maklumat bahawa dua daripada tiga lorong di tambak itu telah dibuka semula.

Channel NewsAsia melaporkan bahawa sekurang-kurangnya seorang maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan itu.

Memetik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), berita dalam talian itu berkata laporan tentang kemalangan di jambatan tambak itu itu diterima pada 1 pagi dan tiga ambulan serta sebuah jentera bomba bergegas ke tempat kejadian.

Lelaki itu menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian ketika dirawat oleh anggota paramedik SCDF, manakala tiga yang cedera dihantar ke hospital manakala mangsa keempat yang turut cedera enggan dihantar ke hospital, menurut jurucakap SCDF.


Sebuah video yang tular mengenai kemalangan itu memaparkan sebuah lori yang menggunakan plet pendaftaran Malaysia terbabas di di lorong bersebelahan lalu merempuh sebuah motosikal yang juga menggunakan plet pendaftaran Malaysia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah (KPD) Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais mengesahkan kemalangan yang berlaku di atas jambatan itu berlaku di bahagian Singapura.

“Tiada maklumat berkaitan (kemalangan),” jawab beliau apabila ditanya adakah kemalangan itu melibatkan rakyat Malaysia, menerusi pesanan WhatsApp. – BERNAMA

Kategori