Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong Cemar Duli Ziarah...

TAWAU - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar...

Bunuh Kevin Morais: 6...

PAKAR patologi Kolonel Dr R Kunaseegaran dan lima lagi dijatuhi hukuman gantung sampai...

Aksi Anak Melayu Singapura...

SINGAPURA - Jika beliau akhirnya mendapat kontrak kelab Liga Jepun Matsumoto Yamaga, Izwan...

Iklan Suruh Jaga Kesihatan...

KEBANYAKAN iklan yang diterbitkan di negara Thailand sememangnya unik dan kreatif serta lain...

Semua Kru Bot Tempur CB90 Diyakini Selamat

KUALA LUMPUR – Kesemua tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada di dalam bot tempur yang hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah, diyakini selamat.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bot CB90 itu masih boleh beroperasi walaupun dalam keadaan cuaca buruk kerana ia dilengkapi sistem apungan yang tinggi.

Beliau berkata jika bot itu terbalik akibat daripada pukulan ombak besar mahupun ribut kencang, ia secara automatik akan terapung semula.

“Saya percaya dan yakin bahawa bot tempur bersama tujuh anggota saya masih selamat kerana ia memiliki ciri apungan yang tinggi.

“Apa yang saya harapkan, ketika kejadian itu, tidak berlaku sebarang kebocoran pada bot berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Beliau berkata operasi SAR akan diperluaskan walaupun keadaan cuaca buruk di perairan Sabah.

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori