Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Beregu Lelaki Ke Suku...

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik...

Ferrari Rempuh Toyota Camry

MUAR- Sebuah supercar jenis Ferrari terlibat kemalangan selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan itu...

PPBM ‘Celaru’ Akibat Kemelut...

ALOR SETAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat sebagai sebuah 'parti bercelaru'...

Pelajar Bekas Tahanan Korea...

SEORANG pelajar universiti warga Amerika Syarikat (AS) yang merupakan bekas tahanan di Korea...

Semua Kementerian Di Sabah Sudah Tandatangani IBR

KOTA KINABALU – Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri di Sabah sudah melafaz dan menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Zulkefle Abdul Hamid.

Beliau berkata dengan perkembangan itu, Sabah menjadi negeri pertama di negara ini yang mana semua jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri melafaz dan menandatangi dokumen IBR berkenaan.

“Terdapat lebih 100 jabatan dan agensi kerajaan negeri di Sabah. Kita berharap semua agensi dan jabatan persekutuan di Sabah juga berbuat demikian ke arah melengkapkan atau menjadikan semua jabatan dan agensi menandatangani IBR,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis melafaz dan menandatangani dokumen IBR bagi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah di sini hari ini.

Menurutnya, selain agensi dan jabatan awam, terdapat juga syarikat swasta yang turut menunjukkan komitmen dan sokongan usaha SPRM untuk membanteras rasuah dan salah guna kuasa dengan menandatangani IBR.

Zulkefle berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga digalakkan untuk berbuat demikian.


Mengenai tahap kesedaran orang awam berkenaan keburukan amalan rasuah dan salah guna kuasa, Zulkefle berkata ia semakin meningkat hasil kempen anti rasuah berterusan anjuran SPRM seperti Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) di seluruh negara.

Katanya selain GERAH, SPRM juga melancarkan kempen 3J iaitu ‘Jangan Hulur’, ‘Jangan Kawtim’ dan ‘Jangan Settle’ bagi meningkatkan kesedaran awam berhubung keburukan gejala rasuah. – BERNAMA

Kategori