Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

“Nanti Bil Air Kita...

SUDAH pasti ramai antara kita inginkan kehidupan yang serba serbi mewah biar pun...

Guna Dron Kekang Kemasukan...

LANGKAWI -- Kerajaan diminta mewujudkan satu pangkalan khas dan menggunakan teknologi baharu seperti dron bagi tujuan pemantauan serta mengawasi kawasan perairan utara pulau bagi mengekang kemasukan pelarian etnik Rohingya.

Plat Kenderaan ‘Isteri Perdana...

PETALING JAYA – Sebuah gambar tular memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘Isteri YAB...

Pengundi Cina Perlu Berhenti...

MELAKA – Pengundi masyarakat Cina perlu berhenti daripada terus menjadi mangsa penipuan DAP...

Semangat Persaudaraan Faktor Kejayaan Umno Sabah

SANDAKAN – Semangat persaudaraan yang tinggi di kalangan anggota parti menjadi faktor utama kepada kejayaan Umno Sabah pada hari ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata ia penyumbang kepada amalan prinsip dan adat bagi memastikan Umno khususnya di negeri ini terus dalam keadaan stabil, kukuh dan kuat.

“Dalam Umno Sabah, kita adalah adik-beradik untuk melaksanakan perjuangan Umno. Umno hanya satu, Barisan Nasional (BN) hanya satu. Kita ibarat bersaudara dalam satu keluarga.

Berucap memrasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Libaran di sini hari ini, Musa yang juga ketua bahagian Umno itu berkata faktor itu
menjadi elemen penting biarpun Umno Sabah sebagai adik bongsu dalam Umno, namun mampu memberi sumbangan besar khususnya kepada Umno dan BN.

Katanya ia diterjemahkan apabila kesemua calon Umno Sabah yang bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 menang.


Menurutnya Umno ibarat semua keluarga besar dan tidak lepas daripada perselisihan faham.

“Tetapi yang penting bila ada selisih faham, adab dan adat keluarga tidak perlu kita hebohkan kerana ia masalah keluarga yang perlu diselesaikan dengan cara berbincang,” katanya.

Musa berkata dalam perjuangan, anggota Umno perlu telus, menunaikan janji dan turun padang hingga di peringkat akar umbi.

Katanya beliau sering mengingatkan perkara itu kepada semua ketua-ketua bahagian Umno bagi memastikan perjuangan Umno di Sabah tidak lari daripada landasan dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori