Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1MDB Nafi Dakwaan Tun...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menafikan pelbagai dakwaan oleh...

Polis Buru 2 Anggota...

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu dua anggota 'Geng Kapak' yang aktif menyamun...

Nik Zawawi Diarah Tarik...

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Covid-19: Ringgit Dibuka Rendah...

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini meneruskan penurunan pada Jumaat...

Semangat Merdeka, Halikin Cat Rumah Warna Jalur Gemilang

SANDAKAN – Atas semangat kemerdekaan, seorang pemilik rumah mengambil inisiatif mengecat rumahnya dengan corak warna Jalur Gemilang di Batu 15 Jalan Labuk dekat sini.

Pemilik rumah, Mohd Halikin Angga, 57, berkata rumahnya yang beliau namakan ‘Teratak Gemilang’ dicat corak Jalur Gemilang yang datang dari idea beliau sendiri bagi menonjolkan kelainan dalam menyambut Hari Kebangsaan.

Menurutnya dia mula mengecat rumahnya menggunakan corak Jalur Gemilang bermula dari 2004 lagi.

Ayah kepada tujuh anak ini berkata semangat kemerdekaan sudah sebati dalam dirinya, apatah lagi beliau dilahirkan pada 1957.

“Semangat anak merdeka itu memang mengalir dalam diri saya dan saya harapkan inisiatif ini dapat menimbulkan semangat merdeka dan cintakan negara kalangan generasi muda,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Mohd Halikin berkata hiasan di dalam rumah beliau tidak pernah berubah terutamanya cat rumah dan hiasan dinding yang dipenuhi potret pejuang tanah air dan pemimpin negara.

Beliau berkata corak cat rumah dikekalkan sehingga kini dan hanya menambah hiasan Jalur Gemilang di sekeliling rumah bila menjelang bulan kemerdekaan.

Menurutnya beliau turut mendapat galakkan daripada keluarga dan rakan-rakan untuk mengekalkan tradisi ini.


“Rakan-rakan saya sering berkunjung ke rumah dan membawa anak mereka untuk menunjukkan dan menyemai semangat cinta akan tanah air dalam diri anak mereka,” katanya.

Atas semangat patriotik yang tinggi dalam dirinya, Halikin turut memberi nama dua anaknya dengan nama Mahathir dan Abdullah Badawi, nama pemimpin negara Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Rumah halikin pernah mewakili daerah Sandakan bertanding dalam Program Keceriaan Rumah peringkat Negeri bagi tiga tahun berturut-turut bermula tahun 2011 sehingga 2013.

Pada tahun ini, rumah Halikin turut dipertandingkan dalam Program Keceriaan Merdeka Anjuran Jabatan Penerangan Negeri mewakili Daerah Sandakan bagi kategori Rumah Persendirian.

Dalam pada itu, Pegawai Penerangan Bahagian Sandakan Zulhanin Hasni memuji usaha yang dibuat oleh Halikin itu bagi menanam semangat cintakan tanah air.

Beliau berkata sebagai orang lama yang dilahirkan pada 1957, Halikin menjadi contoh kepada generasi muda untuk menghargai erti kemerdekaan itu dan ditanam dalam diri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori