Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Rentung Dalam Kontena...

ALOR SETAR: Polis masih menyiasat berkaitan kejadian dua individu yang ditemui rentung dalam...

Melaka 10 Destinasi Pelancongan...

MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron merasa berbangga apabila Melaka diiktiraf sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka antarabangsa. Beliau berkata ini kerana penerbit...

Shia LaBeouf Bengang Dituduh...

SHIA LaBeouf bengang dengan khabar angin yang mengatakan dia merupakan individu yang telah...

Penganggur Dipenjara Rompak Juruwang...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh...

Demo Tuntut Keadilan 2 Maid Indonesia Yang Dibunuh Kejam

Ratusan warga Indonesia di Hong Kong berhimpun memperingati rakan mereka, Sumarti Ningsih dan Seneng Mujiahsih yang mati dibunuh minggu lalu.

HONG KONG – Mereka berhimpun aman tanpa membawa payung – simbol protes oleh aktivis prodemokrasi terhadap pemerintah pro-Beijing yang menggemparkan dunia bulan lalu; malah pasukan polis antirusuhan langsung tidak menggunakan gas pemedih mata.

Itulah gambaran unik lebih 200 pekerja wanita Indonesia berkumpul di Victoria Park di pusat bandar pulau ini semalam memperingati kematian tragik dua rakan senegara mereka, Sumarti Ningsih dan Seneng Mujiahsih yang dibunuh kejam di Hong Kong minggu lalu.

Peserta yang berkabung turut membuat kutipan derma kilat bagi disumbangkan kepada keluarga mangsa terbabit di Indonesia selain menyanyikan beberapa buah lagu dan bacaan doa untuk mangsa yang dibunuh seorang pegawai bank rakyat British, Rurik Jutting.

Mayat dua wanita tersebut yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Hong Kong ditemui dalam keadaan ngeri hampir hancur di sebuah apartmen mewah milik suspek berusia 29 tahun, tidak jauh dari daerah pelacuran terkenal pulau bekas jajahan British itu.


Ramai peserta kelihatan menangis manakala beberapa aktivis hak asasi pekerja asing menuntut pihak berkuasa Hong Kong segera menghukum suspek selain menyalahkan pemerintah Indonesia yang lambat bertindak balas susulan kes pembunuhan tersebut.

Namun, seorang pegawai Kementerian Luar Indonesia, Tatang Budie Utama Razak menafikan dakwaan itu dan menegaskan, mereka segera ke Hong Kong sejurus kes dilaporkan serta terus memaklumkan keluarga mangsa selain membantu pihak berkuasa. – Agensi

Sumarti Ningsih dan Seneng Mujiahsih mungkin menjadi mangsa keganasan seksual sebelum dibunuh kejam seorang rakyat British, Rurik Jutting di Hong Kong baru-baru ini.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori