Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Diskriminasi Golongan Transgender

PUTRAJAYA - Golongan transgender meminta untuk tidak didiskrminasi masyarakat dan mendapat layanan saksama...

Kaji Selidik i-Akaun KWSP...

KUALA LUMPUR - Kaji selidik secara dalam talian 'i-Akaun' yang diperkenalkan Kumpulan Wang...

SPR Mesyuarat Tentu Tarikh...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini...

Adakah Pemandu GrabCar Maut...

KUALA LUMPUR - Pembangkang menyelar pengendali perkhidmatan GrabCar kerana didakwa tidak telus dalam...

Selangor Mahu Peranan Lebih Besar Dalam Projek Langat 2

SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Zaidy Abdul Talib mendakwa kerajaan Selangor tidak diberi peranan sewajarnya dalam pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri hanya diberi peluang untuk meneliti spesifikasi teknikal berkaitan projek berkenaan.

“Memandangkan apabila projek Langat 2 ini siap, bayaran air mentah akan dibayar oleh kerajaan negeri berdasarkan perjanjian jual beli air mentah Pahang ke Selangor, maka saya dengan tegas menyarankan supaya kerajaan Selangor turut terlibat dan diberi peranan dalam membuat keputusan berkaitan projek itu,” katanya.

Beliau menjawab soalan R Rajiv (DAP-Bukit Gasing) berkaitan pendirian kerajaan negeri terhadap pembinaan Langat 2 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor ke-13 di sini, hari ini.

Kerajaan Selangor menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKNN) yang bersidang pada 25 Ogos tahun lepas bersetuju dengan pelaksanaan projek pembangunan Langat 2.


Zaidy juga mahu kerajaan persekutuan memastikan kontraktor yang terlibat dalam projek Langat 2 benar-benar mahir dan berpengetahuan bagi memastikan tiada sebarang kos pembaikan dikeluarkan sebaik sahaja loji itu beroperasi.

Projek Langat 2, yang tertangguh sejak 2008, dapat diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang ‘Perintah Pembangunan’ selepas menandatangani perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 26 Feb tahun lepas.

Projek itu antara komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi merawat 2,260 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat bagi memenuhi keperluan permintaan tambahan bekalan di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sehingga 2025. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori