Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Tipu Jual Telefon...

PARIT - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

“Nak Ajak Orang Solat...

PELAKON dan pengacara Qi Razali mengakui pelik dengan mentaliti segelintir pihak yang segan...

Jangan Ambil Sikap ‘Tunggu...

PASIR PUTEH - Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menggesa penduduk yang tinggal...

Singapura Caj Parkir Dalam...

ALAHAI... Sudahlah bayar parkir pada Ahad dan cuti umum, Singapura kali ini gempar...

Selangor Industrial Ride 1.0 Sasar 1,000 Peserta

SHAH ALAM – Program berbasikal anjuran Invest Selangor Berhad, Selangor Industrial Ride 1.0 yang julung kali akan diadakan pada 30 Julai ini menyasar kira-kira 1,000 peserta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasan Azhari Idris berkata acara bersifat santai sejauh 25 kilometer itu akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic di Seksyen 21 di sini bermula pukul 6.30 pagi sehingga 1 tengah hari.

“Program ini antara tujuannya adalah untuk membawa peserta melawat dan mengenali kawasan perindustrian yang strategik yang ada di sekitar kawasan Shah Alam selain untuk berinteraksi sesama mereka dan beriadah secara sihat,” kataya kepada pemberita pada majlis prapelancaran program berkenaan di sini hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Tambah Hasan Azhari , program berkenaan turut akan diserikan dengan kehadiran Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.


“Baginda telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis pelancaran program ini.

“Semasa program berbasikal ini berlangsung, beberapa program Tanggungjawab Sosial Korporat juga akan diadakan bersama baginda,” katanya.

Sehubungan itu, menurut beliau, sesiapa yang berminat untuk menyertai program berkenaan boleh mendaftar di www.bikeaway.com.my. – BERNAMA

Kategori