Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Stabil Rakyat Selamat

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini menegaskan Malaysia masih belum bersedia untuk...

Hina Islam: Contohi Muslim...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam...

Najib Selar DAP Tuduh...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar...

4 Anggota Polis Selamatkan...

SHAH ALAM - Tindakan pantas empat anggota polis memecah pintu hadapan sebuah unit...

Cadang Kaji Paras Pendapatan Garis Kemiskinan – Azmin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bercadang mengkaji semula paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di negeri itu yang kini berada pada kadar RM1,500 sebulan kepada RM1,980 sebulan, sejajar dengan cabaran ekonomi semasa.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hasil kajian dilakukan dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mendapati PGK baharu di Selangor perlu ditetapkan pada kadar 60 peratus daripada medien pendapatan isi rumah Selangor iaitu RM3,300.

“Penetapan PGK baharu ini bagaimanapun hanya cadangan daripada kerajaan negeri.

“Kita boleh memilih untuk mengekalkan PGK semasa iaitu RM1,500 yang dikaji pada 2009, namun melihat kepada keadaan ekonomi semasa dan cabaran baharu, saya amat yakin bahawa negeri ini seharusnya mengkaji PGK,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perbincangan meja bulat Belanjawan negeri 2017 di sini hari ini.


Mohamed Azmin bagaimanapun berkata pihaknya harus meneliti implikasi sumbangan kerajaan Persekutuan kepada negeri sekiranya PGK baharu dilaksanakan.

Dalam pada itu, katanya kerajaan negeri juga perlu mempelbagaikan sumber pendapatan baharu selain hanya bergantung kepada hasil tanah semata-mata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori