Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Didakwa Salah...

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini...

Sky Box Tarikan Baharu...

ORANG ramai berpeluang berdiri dalam kota kaca pada paras ketinggian 300 meter dari...

Kementerian Sedia Terima Pendapat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sedia menerima pendapat orang ramai berhubung hukuman rotan...

Seorang Terbunuh, 300 Cedera...

BEIJING - Satu kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Yunnan di China mengakibatkan...

“Seeloknya Mahathir Tidak Berada Dalam Pasukan” – Mahdzir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya tidak lagi berada dalam UMNO kerana berterusan mengkritik organisasi politik terbesar kaum Melayu tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UMNO sebagai sebuah parti politik perlu mempunyai sebuah pasukan yang kuat dari peringkat atas hingga bawah.

“Jadi jika ada dalam kalangan kita terkeluar daripada norma pasukan dan jadi masalah kepada pasukan kita sendiri, yang mengkritik organisasi kita, seelokanya kita tidak berada dalam pasukan,” katanya dalam satu majlis di ibu negara hari ini.

Beliau diminta oleh pemberita mengulas tentang tindakan Mahathir meminta semua parti pembangkang bekerjasama dengan beliau bagi menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahdzir dalam pada itu menyokong cadangan beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO supaya tindak-tanduk Mahathir yang menjejaskan parti diputuskan dalam Mesyuarat MT UMNO.

Beliau dalam pada itu menjelaskan langkah kerajaan Pahang mahu mengedarkan buku “Najib Razak 40 Years 40 Pictures” di sekolah-sekolah di negeri itu tidak salah.


Menurutnya, buku berkenaan bukan buku politik seperti didakwa pembangkang sebaliknya biografi seorang Perdana Menteri Malaysia.

“Jika buku biografi pemimpin dunia seperti Nelson Mandela, Lee Kuan Yew boleh disenaraikan sebagai buku perpustakaan rujukan, mengapa tidak buku biografi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?,” katnaya.

Terdahulu, wartawan dari media propembangkang mempersoalkan kepada Mahdzir mengapa buku politik tersebut diedarkan kepada pelajar sekolah. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]6BOX2L8sHmI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori