Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis NS Lupus Air...

PORT DICKSON — Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan hari ini melupuskan...

Seorang Lagi Mangsa Tongkang...

DARO - Satu lagi mayat awak-awak tongkang membawa muatan batu kelikir yang karam...

JAIPK Tarik Sijil Halal...

LUMUT - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menarik sijil halal sebuah premis...

BN Yakin Kekal Perintah...

KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin akan memenangi pilihan raya umum...

Sedih Melihat Tun M Dipergunakan Pembangkang

KUALA KANGSAR – Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata beliau amat sedih dan kasihan melihat Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sedang dipergunakan parti pembangkang.

Abdul Rahman berkata negarawan itu seolah-olah tidak sedar dirinya dipergunakan mereka apabila sanggup bersekongkol dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP untuk menentang kerajaan BN dan parti UMNO.

“Di tahap ini, tiada lagi perasaan marah…cuma sedih dan kasihan kerana seorang negarawan yang disanjung selama ini membuat pusingan 180 darjah bekerjasama dengan pembangkang.

“Semua orang tahu bahawa Tun hanya dipergunakan pihak berkenaan untuk kepentingan mereka, cukup menyedihkan apabila Tun seolah-olah tidak sedar akan perkara itu,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Komuniti 3R Kuale, di Rancangan Perumahan Awam Fasa 4, di sini, hari ini.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata secara peribadi beliau amat mengharapkan Dr Mahathir bersara terus daripada melibatkan diri dalam politik.

“Kita semua mahu Tun (Dr Mahathir) terus diingati sebagai seorang negarawan penuh kredibiliti yang cukup berjasa kepada negara,” katanya.

Mengulas tindakan Dr Mahathir yang menyokong dan berkempen untuk calon parti Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Abdul Rahman berkata adakah Dr Mahathir akan menerima keputusan rakyat sekiranya BN berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi berkenaan.


“Sekiranya BN menang kedua-dua PRK ini, pastinya kita bersedih kerana Tun tidak lagi boleh meraikan kemenangan itu bersama-sama kita,” katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru di Kuala Kangsar antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan seorang calon Bebas manakala tiga penjuru di Sungai Besar melibatkan BN, PAS dan Amanah.

Suruhanjaya Pilihan raya menetapkan hari pengundian diadakan serentak pada 18 Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori