Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Celcom Dan Digi Bakal...

KUALA LUMPUR - Celcom dan Digi akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia, dengan...

Tunaikan Janji Lama Sebelum...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengingatkan anggota barisan Kabinetnya...

Pavilion KL Sesak Gara-Gara...

SUASANA di pusat beli-belah terkenal, Pavilion Kuala Lumpur menjadi sedikit kecoh dan sesak...

Johor Rancang Bina Lapangan...

JOHOR BAHRU - Kedatangan pelancong ke kawasan Mersing yang terletak kira-kira 130 km...

Sedia Laksana VEP Tahun Ini

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan permit masuk kenderaan (VEP) bagi semua kenderaan asing yang masuk ke negara ini pada tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Shaharuddin Khalid berkata, langkah itu selepas pihaknya sudah berada di peringkat akhir bagi menjalankan percubaan pelaksanaan sistem berkenaan.

“Kita sudah berada di peringkat akhir dan besar kemungkinan pada bulan depan kita akan mendapat laporan akhir sebelum memberi kata putus kepada pihak kementerian untuk dilaksanakan.

“Hal ini tidak membabitkan sebarang tekanan daripada Singapura memandangkan sistem itu dibuat di sempadan negara dan tidak ada kena mengena dengan negara republik itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat bekas pegawai JPJ yang mengalami hilang upaya kekal di kediamannya di Pekan Nanas, Pontian sebentar tadi.

Shaharuddin berkata, beliau meminta warga kerja JPJ serta badan kebajikan yang lain turut membantu meringankan beban keluarga melalui sumbangan tunai dan lain-lain. – UTUSAN ONLINE

Kategori