Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ops Noda: 60 Ditahan,...

JOHOR BAHRU - Seramai 60 orang ditahan, manakala seorang gadis bawah umur warga...

Gabung Persatuan Mudahkan Pemberian...

KUALA TERENGGANU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta...

AS Tarik Larangan Terhadap...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) menarik balik larangan terhadap pelarian dari 11 negara...

Rusia Letak Syarat Akhiri...

MOSCOW – Rusia mengumumkan senarai tiga tuntutan utama ke atas Ukraine sekiranya Kiev...

Sederet Kedai 30 Pintu, Sebuah Masjid Musnah Terbakar

KINABATANGAN – Sederet kedai 30 pintu dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di Kampung Paris 3, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nurul Azlan Jalalludin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 2.34 pagi dan dua jentera bersama 13 anggota terus dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota tiba di tempat kejadian yang terletak kira-kira 58 kilometer dari balai bomba Kinabatangan, pada 3.12 pagi dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira 5 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih disiasat. – BERNAMA

Kategori