Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Murah Hati! Bilionair China...

SEORANG bilionair dari China telah melakukan sesuatu yang luar biasa apabila membawa sebahagian daripada...

Komuter & ETS Alami...

KUALA LUMPUR - Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter akan mengalami...

Ini Sekolah Terbijak Ada...

KEBANYAKAN sekolah akan cukup gembira jika mempunyai walau seorang pelajar yang pintar tetapi...

Tanam Lebih Banyak Pokok...

CAMERON HIGHLANDS - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mempergiatkan usaha menanam...

Sebuah Lagi Klinik 1Malaysia Beroperasi Di Tawau

TAWAU – Sebuah lagi Klinik 1Malaysia dibuka Tawau menjadikan keseluruhannya tiga buah klinik beroperasi di daerah ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata pembukaan klinik itu menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin terhadap masyarakat kurang berkemampuan.

Beliau berkata klinik itu dapat memberi manfaat perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat, selain mengurangkan kesesakan kehadiran pesakit di Klinik 1Malaysia yang lain.

“Pesakit hanya membayar RM1 setiap kali mendapat rawatan di klinik tersebut, manakala masyarakat yang berumur 60 tahun ke atas boleh menerima rawatan secara percuma. Bayaran yang dikenakan itu dapat memudah serta meringankan beban pesakit kurang berkemampuan,” katanya ketika merasmikan Klinik 1Malaysia Bandar Fajar, di sini hari ini.


Yap berkata penubuhan Klinik 1Malaysia itu juga dapat mengurangkan kesibukan dan kesesakan di klinik kerajaan sedia ada, sekali gus mengurangkan masa menunggu pesakit.

Sebelum ini, dua klinik 1Malaysia diwujudkan di daerah ini iaitu di Bandar Sri Indah dan Semarak.

Klinik itu beroperasi setiap hari mulai 9 pagi hingga 9 malam termasuk cuti umum (tertakluk kepada pengumuman) dan cuti hujung minggu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori