Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hubungi 999 Hanya Kerana...

SEORANG pelanggan sebuah restoran makanan segera di Oxford Road, Manchester City ditahan polis...

39 Pati Warga Myanmar,...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 39 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)...

Minyak Masak Subsidi Dijual...

KANGAR - Kawalan dan tindakan penguatkuasaan yang longgar di pintu masuk utama di...

Mayat Seorang Lelaki Dengan...

KOTA TINGGI - Mayat seorang lelaki tempatan dijumpai dengan kesan tikaman dan tetakan...

Sebuah Gudang Baja Pertanian Musnah Dalam Kebakaran

TAWAU – Sebuah gudang penyimpanan baja untuk pertanian di Jalan Tanjung Batu, di sini, hampir musnah keseluruhannya dalam kebakaran hari ini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad berkata sebanyak empat jentera bersama-sama 21 anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 12.24 tengah hari.

“Sebaik tiba di lokasi pada 12.40 tengah hari, kami mendapati api marak dengan cepat.

“Bagaimanapun, kami dapat mengawal api daripada merebak ke kawasan lain dan api dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 1.16 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Faisal berkata anggota bomba menghadapi masalah air untuk memadamkan kebakaran berikutan tiada pili bomba di kawasan gudang terbabit dan hanya terdapat sebuah pili bomba kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.


Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan dalam kebakaran itu dan punca kejadian sedang disiasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori