Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar UUM Mati Di...

Seorang mahasiswa perakaunan berusia 20 tahun di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok,...

Jerebu: Tabika Kemas Tutup...

PUTRAJAYA - Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan ditutup akibat...

PBT Kedah Sasar Tiada...

LANGKAWI - Kerajaan negeri Kedah yakin dapat mencapai sasaran sifar aduan tentang kebersihan...

Chong Wei Ketepi 2...

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak akan menyertai Kejohanan Dunia BWF...

Sebat Khalayak Ramai Ikut Landasan Agama

IPOH – Hukuman sebat di ruang mahkamah yang disaksikan oleh khalayak yang hadir ke atas pasangan lesbian di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu kelmarin dijalankan atas landasan agama iaitu hukuman takzir, kata Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim.

Menurutnya, jika hukuman hudud dilaksanakan iaitu sebatan 100 kali yang sememangnya dijalankan di khalayak ramai.

Beliau berkata, ini berdasarkan firman Allah SWT pada ayat dua surah Al-Nur iaitu hukuman sebat terhadap perempuan dan lelaki yang berzina hendaklah disaksikan oleh orang-orang yang beriman.

“Hukuman sebat kelmarin bukan hudud tetapi takzir iaitu pemerintah boleh menentukan bentuk hukuman yang munasabah untuk pesalah berkenaan.

“Sehubungan itu saya bersetuju dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa bahawa pesalah telah mengikuti proses keadilan yang sewajarnya bahkan diberi tempoh merayu tetapi lebih rela untuk meneruskan hukuman,” katanya.


Zamri meminta supaya isu itu tidak dipolemikkan dengan politik kepartian kerana ia menyentuh kedaulatan undang-undang negeri dan rakyat patut hormat dan menjunjung prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang.

Menurutnya, dalam masa sama orang bukan Islam diminta supaya terus menjaga keharmonian hidup bernegara dengan tidak masuk campur tangan dalam hal ehwal urusan agama umat Islam kerana ia bakal mengeruhkan hubungan sesama kaum.

“Semoga masyarakat negara ini lebih celik dan mampu membuat perbandingan antara isu kezaliman hukuman dalam Islam yang sering dimomokkan dengan kedudukan sebenar hukuman di dalam Islam yang lebih mendidik masyarakat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori