Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Repvblik Band Pilih Hard...

PETALING JAYA - Kumpulan daripada Indonesia, Repvblik memilih Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai lokasi...

Anjing Mati Dipaksa Letak...

NEW YORK - Seekor anjing mati dalam pesawat United Airlines selepas anak kapal...

Ekonomi Thailand Jangka Berkembang...

BANGKOK – Ekonomi Thailand dijangka mencatat pertumbuhan 4.1 peratus pada 2018 iaitu kadar...

Seleweng Dana PRU14: SPRM...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa lagi aset berharga...

Sebanyak 38 Sekolah Dalam Kem Dinaik Taraf

KUANTAN – Kementerian Pertahanan akan menaik taraf 38 buah sekolah secara berperingkat di dalam kem tentera bagi memastikan anak pegawai dan anggota tentera mendapat kemudahan lebih selesa untuk proses pembelajaran.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain kemudahan, pihaknya mahu memastikan tenaga pengajar di sekolah berkenaan adalah daripada kalangan yang terbaik supaya sekolah berkenaan menjadi lebih cemerlang.

“Kita hendak pastikan sekolah ini setanding sekolah lain di luar sana sekali gus memberi kelegaan kepada ibu bapa mereka yang tentunya sentiasa sibuk dengan tugasan menjaga negara,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi.

Terdahulu, Hishammuddin turut merasmikan dan menyerahkan kunci rumah kepada 94 penerima dari kalangan pegawai dan anggota TUDM di bawah Projek Perpindahan Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) itu mula dibina pada April 2013 dan siap pada Januari lepas.

Rumah berkeluasan 1,300 kaki persegi dengan tiga bilik dan dua bilik air yang dilengkapi perabot itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kategori E sebanyak 18 unit untuk Pegawai Waran; 18 unit kelas F untuk Staf Sarjan dan Sarjan dan 58 unit bagi kategori G anggota berpangkat Koperal ke bawah.


Dalam perkembangan lain, Hishammuddin, yang juga naib presiden UMNO, menasihatkan pemimpin parti yang tidak dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini, supaya akur dan menganggapnya sebagai satu ujian.

Beliau berkata keputusan tersebut tentunya dibuat dengan mengambil kira segala pertimbangan dan sebagai pemimpin berpengalaman, mereka perlu menghormatinya dengan meletakkan kemenangan Barisan Nasional (BN) sebagai keutamaan.

Mengenai kemungkinan calon tertentu akan diboikot akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan calon, beliau berkata ia bukanlah perkara asing dan pernah berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, gelombang penolakan keputusan pimpinan parti tidak sebesar sebagaimana sangkaan ramai. – BERNAMA

Kategori