Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

664 Masih Terkandas, 14,015...

KUALA LUMPUR - Seramai 14,015 rakyat Malaysia di 70 negara yang terkandas berikutan...

“Birthday Saya, Suami Hadiahkan...

KEJUTAN berupa hadiah untuk isteri daripada suami contohnya, mampu mempereratkan lagi hubungan dan...

Bekas Penjual Tiket Bas...

KUALA LUMPUR - Padah mengugut pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Ogos lalu,...

Polis Tahan Lelaki Tempatan,...

KUNAK - Polis Kunak menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 53.36 gram dadah...

Satu Lagi Mayat Mangsa Bot Karam Ditemui

JOHOR BAHRU – Satu mayat mangsa bot karam di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pada Sabtu lalu, ditemukan tengah hari tadi menjadikan angka korban setakat ini 15 orang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata mayat lelaki itu ditemukan nelayan di perairan Laut Batu Berlubang, Bandar Penawar, kira-kira 11 kilometer dari tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang ditemukan lemas setakat hari ini selepas empat hari kejadian ialah lapan lelaki dewasa, enam wanita dan seorang bayi perempuan.


Kejadian berlaku apabila sebuah bot pancung yang membawa 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia karam akibat dipukul ombak ketika dalam perjalanan menuju Batam, Indonesia.

Seramai 34 orang lagi penumpang bot terselamat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori