Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

85 Maut Berebut Wang...

SANAA, Yemen – Lebih 80 orang terbunuh dan beratus-ratus yang lain cedera dalam...

Zeti Harap Siasatan 1MDB...

KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berharap...

Sultan Johor Kunjungi Kediaman...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan keluarga diraja...

Bapa Bunuh Anak Kerana...

LONDON – Seorang bapa menikam mati anak perempuan yang berusia 24 tahun sebanyak...

Sasar 75% Graduan Dapat Pekerjaan Selepas 6 Bulan Tamat Pengajian

CYBERJAYA – Kerajaan mensasarkan sebanyak 75 peratus daripada jumlah keseluruhan graduan di institut pengajian tinggi awam dan swasta, berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, unjuran tersebut adalah sejajar dengan sasaran status negara maju berpendapatan tinggi sebagaimana terkandung di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mei lalu.

“Sebab itu kerajaan melaksanakan pelbagai program intervensi seperti Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) oleh Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) agar graduan dilatih untuk mendapat pekerjaaan yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sesi Ramah Mesra Peserta Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) 2015 di Dewan Tun Canselor Multimedia Universiti (MMU) di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Muhamad Rasat Muhamad.

Pada majlis itu seramai 217 peserta SL1M dari pelbagai universiti diraikan kerana mengikuti program anjuran MMU mulai 10 Mei lalu hingga 3 Julai ini.

Pada 21 Mei lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan RMK-11 di Dewan Rakyat yang bertemakan Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. RMK-11 merupakan pelan pembangunan terakhir sebelum Malaysia mencapai status negara maju pada 2020.

Abdul Wahid berkata, kerajaan menyedari peluang untuk mendapatkan pekerjaan menjadi lebih mencabar berikutan keputusan meningkatkan had umur persaraan bagi kakitangan awam sejak 2013.


Bagaimanapun, pelbagai peluang pekerjaan yang akan diwujudkan menerusi RMK-11 mampu membantu para graduan memasuki alam pekerjaan dalam tempoh lima tahun rancangan negara tersebut.

Sementara itu, beliau menasihatkan para graduan agar sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran walaupun sudah menamatkan pengajian, menjaga hubungan keluarga khususnya ibu bapa dan mencari pasangan hidup yang sesuai untuk memastikan kecemerlangan sepanjang hidup.

Dalam pada itu, Muhamad Rasat berkata, program itu adalah penganjuran buat kali keenam oleh MMU yang merupakan universiti swasta milik penuh TM.

Di bawah inisiatif ini, katanya, MMU telah dilibatkan untuk tujuan latihan para peserta sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat Telekom Malaysia (TM).

“Sebelum ini ia telah membantu 5 kumpulan graduan menganggur untuk berjaya mendapatkan pekerjaan. Ada sebahagian mereka yang diambil khidmat di Telekom Malaysia sendiri manakala peserta lain telah berjaya mendapat pekerjaan di syarikat lain selepas tamat program,” jelasnya.

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori