Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seludup Cecair Heroin Dalam...

NEW YORK - Seorang doktor haiwan Colombia dihukum penjara enam tahun kerana menyeludup...

Polis Kesan Sindiket Macau...

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesan taktik terbaru sindiket ‘Macau Scam’ yang menggunakan...

Jangan Sebut Nama Azmin,...

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari sekali lagi menempelak bekas mentornya, Azmin Ali yang...

SKMM Minta YouTube Turunkan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menghantar surat kepada syarikat...

Sarjan Polis Hadapi 1 Lagi Tuduhan Peroleh Suapan

SHAH ALAM – Seorang sarjan polis yang dituduh memperoleh suapan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, hari ini menghadapi satu lagi pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen di sini.

Sarjan Shaharuddin Abdul Shukor dari Jabatan Siasatan Jenayah, Unit Keganasan Rumah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad.

Anggota polis itu didakwa memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM300 daripada Harcharanjit Singh Ranjit Singh, 50, sebagai dorongan untuk memastikan siasatan dijalankan ke atas laporan kes ugut yang dibuat peniaga itu pada 1 Nov 2013.

Shaharuddin yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di McDonalds Kepong, No 1 & 2, Jalan 54, Desa Jaya, Kepong dekat sini, kira kira pukul 10.50 pagi pada 3 Nov tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Shaharuddin juga didakwa atas tuduhan pilihan menerima untuk dirinya wang tunai RM300 tanpa sebarang balasan daripada Harcharanjit Singh yang diketahui ia ada kaitan dengan tugas rasminya sebagai pegawai penyiasat berhubung laporan polis dibuat peniaga itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Lokman Kasim yang mengendalikan pendakwaan memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama satu lagi kes rasuah yang dihadapi anggota polis itu.

Beliau turut meminta agar mahkamah mengguna pakai jumlah jaminan sama yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kepada Shaharuddin semalam iaitu RM6,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Noradidah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 14 Nov depan untuk sebutan semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, Sahaharuddin mengaku tidak bersalah memperoleh suapan RM300 daripada Harcharanjit Singh sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama di bilik Penolong Pegawai Penyiasat tempatnya bertugas antara pukul 12.45 tengah hari hingga 7 malam, 1 Nov 2013.

Anggota polis itu juga didakwa terhadap pertuduhan pilihan menerima RM300 tanpa sebarang balasan daripada Harcharanjit yang diketahui ia ada kaitan dengan tugas rasminya berhubung laporan polis dibuat peniaga itu di tempat dan masa yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori