Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TMJ Ziarah Makam Diraja...

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menziarahi makam...

Mufti Saudi Kutuk Syiah...

JEDDAH - Mufti Tertinggi Arab Saudi, Abdul Aziz Al-Asheikh mengutuk keras kerajaan rejim Syiah...

PTPTN Sampai Sumbangan Tablet...

ARAU : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyumbang sebanyak 50 unit tablet...

K’jaan Selangor Mahu Mansuhkan...

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menyokong cadangan Menteri...

Sarawak Tingkatkan Usaha Tangani Jangkitan HIV

KUCHING – Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Masyarakat, Wanita, dan Pembangunan Keluarga Sarawak akan meningkatkan kerjasama dengan agensi berkaitan serta badan bukan kerajaan bagi menangani jangkitan HIV dalam kalangan rakyat negeri itu.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pihaknya perlu mencari pendekatan baharu dalam menangani isu tersebut yang kekal sebagai satu cabaran.

Bagi menangani isu ini, amat penting untuk semua agensi berkaitan bekerjasama bagi mewujudkan satu pendekatan menyeluruh untuk mencegah serta menggalakkan saringan dan rawatan dalam kalangan rakyat, katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Pengarah Serantau Program Bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai HIV/AIDS Eamon Murphy di Bangkok, Thailand.


Teks kenyataan Fatimah dihantar kepada Bernama di sini hari ini.

Fatimah turut menekankan akan pentingnya pendekatan pragmatik dalam menangani isu itu selain mengurangkan stigma terhadap penghidap HIV. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HIV

Kategori