Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Sarawak kekal 5,218 orang...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Pahang, Perak dan Kelantan beransur reda dengan...

Hadi Belum Terima Maklumat...

PASIR MAS - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau masih...

Umum Undur Diri, Lan...

KRISIS dalaman yang berlaku dalam kumpulan rock Kristal nampaknya menemui keputusan yang agak...

Sarawak Perlu Enam Lagi Kilang Sawit

SRI AMAN – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan mencadangkan kepada kerajaan Sarawak untuk membenarkan sekurang-kurangnya enam lagi kilang kelapa sawit beroperasi di negeri itu bagi menampung keperluan industri.

Menterinya Datuk Douglas Uggah Embas berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam pertemuannya dengan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada Isnin ini.

“Berdasarkan kajian kami, Sarawak perlukan sekurang-kurangnya enam kilang kelapa sawit bebas, iaitu kilang yang tidak memiliki ladang.

“Cadangan ini juga kerana kebanyakan tanah bagi kelapa sawit ialah hak tanah adat bumiputera (NCR) dan kebanyakan pemilik NCR adalah pekebun kecil sawit. Ini juga kerana bagi membina kilang kelapa sawit keluasan yang diperlukan ialah 4,000 hektar,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Uggah berkata kementerian juga sudah mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk pembinaan kilang kelapa sawit berkenaan.

“Di mana lokasi itu? Biar saya maklumkan kepada CM (Ketua Menteri) dahulu,” katanya yang sebelum itu merasmikan Program Transformasi dan Pengembangan Pekebun Kecil Sawit Sarawak.


Beliau berkata keperluan pembinaan kilang kelapa sawit baharu itu turut dibangkitkan pekebun kecil sawit pada sesi dialog dalam program berkenaan.

“Antara masalah yang dibangkitkan mereka ialah tiada kilang dan mereka terpaksa menjual hasil tuaian tandan buah segar di pusat pengumpulan kerana jarak kilang yang jauh,” katanya.

Terdahulu, beliau menyarankan pekebun kecil sawit menubuhkan koperasi bagi melicinkan pemasaran tuaian mereka.

“Ini membolehkan pekebun sawit kecil memperoleh harga lebih baik daripada menjual di pusat pengumpulan dan pembelian tandan buah sawit segar,” katanya menambah perbezaan harga antara pusat pengumpulan dan kilang hampir RM100. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori