Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

[TIDAK RASMI] Hasni Mendahului...

KLUANG : Keputusan tidak rasmi di P151, Parlimen Simpang Renggam, menyaksikan calon Barisan...

Jemaah Malaysia Mula Bergerak...

MAKKAH – Kesemua 30,200 jemaah haji Malaysia pada Rabu, mula bergerak secara berperingkat...

‘Pendekar’ Roti Canai ‘Beraksi’...

BAGI yang ingin bersarapan dalam suasana unik dan lain daripada yang lain, anda...

Penternak Jumpa Mayat Bayi

JEMPOL - Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui seorang penternak lembu di...

Sarawak Buat Keputusan Bijak Sertai Malaysia

KUCHING – Sarawak membuat keputusan bijak apabila bersetuju menjadi pihak kepada pembentukan Malaysia setelah menandatangani Perjanjian Malaysia pada Julai 1963 di London.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata selepas 22 Julai 1963, Sarawak membuktikan kepada dunia bahawa ia mampu melaksanakan pentadbiran sendiri, tanpa memerlukan bantuan mana-mana pihak dari London.

Katanya, Sarawak bertuah kerana tidak perlu mendapatkan kemerdekaan melalui peperangan dan pertumpahan darah, sebaliknya melalui rundingan kerana British tahu bahawa zaman mereka menjadi penjajah sudah berakhir dan oleh itu perlu menyerahkan apa yang mereka miliki seperti yang dijanjikan Rajah Ketiga Charles Brooke pada 1941.

“Pada mulanya, memang ada pihak yang menentang, tapi akhirnya, mereka menerima sepenuh hati dan kita berpisah sebagai kawan, bukan sebagai musuh dengan British, malah kita menjadi kawan baik British hingga ke hari ini,” kata beliau ketika berucap pada majlis sambutan Hari Sarawak di Tebingan Kuching di sini hari ini.

“Pada hari ini juga (pada 1963), kita mempunyai gabenor, ketua menteri dan Kabinet negeri pertama yang disandang anak tempatan berpandukan perlembagaan yang memberi kuasa kepada rakyat,  bukan kepada beberapa pegawai di London,” tambah beliau.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, para menteri dan pegawai kerajaan negeri.

Abang Johari berkata, selama beberapa tahun, seperti yang tidak dapat dielak daripada berlaku dalam sesebuah persekutuan, pergeseran timbul antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri kerana negeri ini tidak begitu gembira dengan kuasa yang bertumpu di Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, kata beliau, kebanyakan masalah berbangkit itu dapat diselesaikan melalui rundingan atas dasar tolak ansur.

“Ia (masalah) akan terus timbul, tapi tiada apa yang tidak dapat kita selesaikan sebagai rakyat. Saya dengan ikhlas berharap rakyat Sarawak akan terus memberi sokongan kepada saya untuk berbincang dengan kerajaan persekutuan bagi mencapai penyelesaian secara baik mengenai isu penting berkaitan penurunan semula kuasa kepada Sarawak.

“Kita percaya, tidak ada masalah yang tidak dapat kita selesaikan dan saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sentiasa bersikap terbuka mengenai perbincangan dengan Sarawak dalam usaha kita untuk mendapatkan kembali kuasa kita mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia, Akta Malaysia, Laporan dan Cadangan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Malaysia adalah sebuah kisah kejayaan. Kita telah maju berlipat kali ganda sejak beberapa tahun lepas dan pendapatan per kapita serta KDNK kita juga meningkat berkali ganda. Namun demikian, ia belum merupakan sebuah kesatuan yang sempurna dan kita sedang berusaha untuk mewujudkan kesatuan yang sempurna  pada tahun-tahun akan datang,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori