Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Johor Mahu Pemaju Projek...

PASIR GUDANG - Kerajaan Johor meminta Country Garden Pacific View (CGPV) Sdn Bhd,...

JDT Tak Puas Hati...

JOHOR BAHRU - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berpuas hati...

Koperal TUDM Pertahan Emas...

SELEPAS melakar kejutan awal hari ini, Koperal Udara Muhammad Hafizuddin Mat Daud berjaya...

PKPIM Kritik Menteri PH...

KUALA LUMPUR - Terdapat lima jenis menteri selepas 100 hari pentadbiran 'Malaysia Baharu'...

Sarawak Belanja RM5.97b Untuk Pembangunan Dalam Bajet 2016

KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM5.97 bilion iaitu kira-kira 74 peratus daripada Bajet 2016 negeri itu bagi menampung perbelanjaan pengurusan.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata Bajet Sarawak 2016 adalah berasaskan pembangunan dan luar bandar dalam usaha untuk mencapai kemajuan yang lebih besar serta seimbang di negeri ini.

Dalam usaha mencapai objektif berterusan untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar, Adenan berkata, kerajaan menyediakan peruntukan yang lebih besar berjumlah RM2.65 bilion, bagi pembangunan luar bandar.

“Ini adalah lebih tinggi berbanding RM2.35 bilion yang diperuntukkan tahun lepas atau RM2.19 bilion pada 2014,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-17 di sini, hari ini.

“Peruntukan ini selaras dengan komitmen kami untuk memberi lebih tumpuan kepada program dan projek di kawasan luar bandar untuk mempercepatkan transformasi luar bandar. Ia juga untuk membuka lebih banyak peluang yang memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar,” katanya.

Sementara itu, mengenai prospek pendapatan 2016 hasil negeri, Adenan berkata dianggarkan sekitar RM5.55 bilion, dengan RM544 juta adalah daripada royalti hutan dan premium.

Beliau berkata selain itu ialah RM440 juta daripada hasil cukai jualan, termasuk RM320 juta daripada minyak sawit mentah dan minyak isi rung sawit mentah dan RM120 juta daripada loteri.


Pendapatan sebanyak RM255 juta dijangka dari air mentah dan royalti perlombongan, sewa tanah dan lain-lain, katanya.

Untuk hasil bukan cukai, beliau berkata, sekitar RM4.11 bilion akan dijana.

Katanya, ini termasuk RM1.58 bilion daripada pampasan tunai sebagai ganti hak minyak dan gas, RM1.04 bilion daripada pendapatan dividen, RM934 juta daripada bunga pendapatan dan RM300 juta daripada premium tanah.

“Pendapatan bukan hasil dijangka sekitar RM11 juta, terutamanya daripada ganti rugi jumlah tertentu, pelupusan kenderaan dan pemulihan bayaran berlebihan, sementara geran persekutuan dan bayaran balik dijangka pada RM190 juta,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori