Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

EIS, 1 Langkah Tepat...

KUALA LUMPUR - Skim Insurans Pekerjaan (EIS) yang berkuat kuasa 1 Jan tahun...

Projek 3 Lebuh Raya:...

GEORGE TOWN - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang didakwa cuba mengelirukan rakyat dengan...

Amar Baharin Bawa Watak...

AMAR Baharin, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan tanah air,...

Selepas Singapura, Indonesia Larang...

JAKARTA – Ketika kedai serbaneka di Malaysia bebas menjual minuman keras tanpa had,...

Saran Syarikat Korporat Bantu Atasi Kepupusan Penyu

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri menyarankan lebih banyak syarikat korporat tampil membantu menstabilkan sekali gus memulihara hidupan marin secara semula jadi terutamanya penyu karah bagi memastikan spesies tersebut tidak diancam kepupusan.

Timbalan Pengerusi Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Datuk Md Rawi Mahmud berkata langkah tersebut dapat membantu kerajaan meningkatkan populasi penyu karah di negeri ini.

“Penyu karah merupakan spesies reptilia marin yang wujud sejak berjuta tahun lalu dan antara khazanah alam yang perlu dilindungi kerana keunikannya yang tersendiri. Melaka pula menjadi destinasi pendaratan tertinggi di Asia Tenggara bagi hidupan laut itu.

“Justeru, kita harap pihak korporat yang ingin menjalankan program khidmat sosial mereka digalakkan berganding bahu bersama-sama melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan dan menyelamatkan penyu karah ini bagi memastikan kelangsungan spesies berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pembersihan Pantai dan Pelepasan Anak Penyu Karah anjuran Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang Kemunting, Pengkalan Balak, di sini malam tadi.

Turut hadir Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MRCSB Hashim Majid dan Pengarah Jabatan Perikanan Melaka Johari Tim.

Md Rawi berkata hingga September lepas pihaknya mendapati sebanyak 532 pendaratan penyu karah ditemui di negeri ini dan lebih 28,000 penetasan telur telah dilakukan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu itu.

Sementara itu, Hashim berkata program pembersihan pantai dan pemuliharaan penyu kali keempat itu diadakan bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat syarikat itu dan melibatkan 89 kakitangan MRCSB serta 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah dan SMK Tinggi Perempuan Melaka.


“Program khidmat masyarakat ini bertujuan memupuk kesedaran dan sikap bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar dan ekosistem laut agar spesies yang berhadapan ancaman kepupusan seperti penyu karah serta hidupan lain dapat meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Pada majlis itu, MRCSB menyumbang sebanyak RM4,000 kepada pusat tersebut selain empat lukisan mural bertemakan #saveturtle bernilai RM15,000 dihasilkan bagi menghidupkan lagi suasana pusat tersebut.

Dalam pada itu mereka turut diberi peluang melepaskan 60 anak penyu karah di sekitar kawasan pantai di Padang Kemunting.

MRCSB merupakan syarikat penapisan minyak yang beroperasi di Sungai Udang, Melaka sejak 1994 dan mempunyai keupayaan penapisan 300,000 tong sehari. – BERNAMA

Kategori