Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Dr. Fadi: Polis...

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan pemilik kenderaan sewa...

SPRM Tahan 2 Anggota...

KOTA KINABALU – Dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana...

Kilang Nafi Keluar Memo...

KLANG - Sebuah kilang beg plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar di sini...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat...

KUALA LUMPUR - Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia mengesahkan tiada rakyat Malaysia...

Samsung Galaxy Note5, Galaxy S6 Edge+ Kini Di Pasaran

SELEPAS membuat penampilan peringkat global baru-baru ini, hari ini Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan peranti gabungan telefon pintar dan tablet, ‘fablet’ Samsung Galaxy Note5 dan telefon pintar Galaxy S6 edge+ di pasaran Malaysia.

Naib Presiden Mudah Alih, Teknologi Maklumat dan Pengimejan Digital, Lee Jui Siang berkata kedua-dua peranti adalah simbol komitmen berterusan Samsung dalam pasaran telefon pintar skrin besar yang dirintis oleh syarikat itu pada 2011 menerusi Galaxy Note.

Kedua-dua model utama Samsung itu menampilkan teknologi skrin canggih, kamera bagi gambar dan video berkualiti tinggi, pengecasan tanpa wayar dan berwayar lebih pantas serta pemproses lebih berkuasa.

“Dilengkapi ingatan capaian rawak (RAM) yang dipertingkat kepada empat gigabait (GB), kedua-dua peranti menawarkan pemproses dan kapasiti lebih hebat kepada pasaran,” kata Lee kepada pemberita pada pelancaran produk itu, di sini.

Beliau berkata perkhidmatan dan penyelesaian baharu seperti teknologi evolusi jangka panjang terkini (Cat.9) dan pengecasan tanpa wayar membolehkan Samsung mencipta semula cara orang ramai menggunakan telefon mudah alih mereka.


Harga runcit yang dicadangkan bagi Galaxy Note5 ialah RM2,699 (termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan – GST) dan ia ditawarkan dalam dua warna iaitu platinum keemasan dan putih mutiara.

Galaxy S6 edge+ pula yang berharga RM3,099 (termasuk GST) ditawarkan dalam warna platinum keemasan dan hitam biru nilam.

Kedua-dua peranti ditawarkan bersama opsyen storan 32 GB dan boleh di peroleh pasaran bermula esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori