Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Akaun Hasil Disatukan: Guan...

KUALA LUMPUR - Dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) cekap pengurusan kewangan kerana berjaya...

Taikun Hadiah Bentley Kepada...

Bila dah kaya, wang bukan lagi jadi masalah. Itu yang berlaku kepada seorang...

Polis Tumpaskan Kegiatan Edar...

JOHOR BAHRU - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di bandar raya ini...

Projek Solar Skala Besar...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memulakan pembinaan Solar Berskala Besar...

Samsung Galaxy Note 4 Tiba Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics melancarkan versi terbaharu telefon pintar Galaxy Note dan jam pintar Gear S.

Presiden Samsung Malaysia Electronics Lee Dong Yong berkata Galaxy Note 4 menandakan pencapaian inovasi teknologi luar biasa dengan skrin bersaiz besar dan teknologi Pen-S ikonik yang menetapkan satu standard baharu dalam budaya penggunaan telefon pintar.

“Di samping Note 4, kami juga memperkenal Samsung Gear S yang mentakrifkan semula idea pemakaian dan budaya bergaya komunikasi mudah alih selain menawarkan satu pengalaman baharu dalam berketerampilan,” katanya pada majlis pelancaran dua produk itu di sini hari ini.

Telefon pintar Galaxy Note 4 diupayakan dengan sistem kamera terbaharu  pandang belakang 16 megapiksel serta sebuah kamera pandang hadapan 3.7
megapiksel dengan f1.9 yang menawarkan sudut rakaman 90 darjah dan mampu mengambil selfie sehingga 120 darjah, sekali gus memudahkan fotografi berkumpulan.

Samsung Gear S pula menampilkan paparan peraga melengkung dua inci Super AMOLED, yang memberikan pemandangan lebih luas.


Pengguna boleh membaca mesej dan pemberitahuan dengan sekali pandang sahaja.

Samsung Galaxy Note 4 ditawarkan dalam tiga warna, hitam arang, putih salji dan emas gangsa, dan mula dijual pada Jumaat.

Untuk maklumat lanjut, layari www.samsung.com/my atau Facebook Samsung Mobile Malaysia https://facebook.com/samsungmobilemalaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori