Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Reman 2 Bekas Pegawai...

PUTRAJAYA - Dua bekas pegawai kanan Felda termasuk seorang bergelar 'Datuk' disambung reman...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit pagi ini kepada 2,100...

Kebakaran Apartmen Cetus Panik...

KEBAKARAN besar di Menara Grenfell di Jalan Latimer dekat Notting Hill, barat London...

Muhammad Syahmi Jadikan Griezmann...

KUALA LUMPUR – Pemain muda meningkat naik Selangor, Muhammad Syahmi Safari menjadikan penyerang...

Salah Guna Kuasa, Pegawai Baitulmal Ditahan SPRM

SEREMBAN – Seorang penjawat awam direman 5 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa melibatkan kerja pembekalan cenderahati dianggarkan bernilai RM20,865.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Nur Haryatie Mohd Saini selepas Pegawai Penyiasat SPRM Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abdul Karim mengemukakan permohonan.

Suspek yang berusia 33 tahun dan bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam (Baitulmal) Daerah Kuala Pilah didakwa menggunakan kedudukannya dengan mencadang dan mengesahkan permohonan bagi melantik Syarikat Al Baiquni Enterprise dalam kerja pembekalan Cenderahati Asnaf kepada Baitulmal Daerah Kuala Pilah, pada Jun 2017.

Suspek juga mempunyai kepentingan peribadi dalam kerja pembekalan tersebut yang kerja berkenaan dijalankan sendiri olehnya dengan menggunakan nama syarikat Al Baiquni.

Beliau ditahan pada 3.30 petang semalam di Pejabat SPRM Negeri Sembilan ketika hadir untuk memberi keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau 5 kali nilai suapan atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, suspek lelaki berkenaan hadir ke mahkamah dengan diiringi pegawai SPRM dan peguam A Kriyshanaa. – BERNAMA

Kategori