Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Fasa 2 PRAB Fokus...

KUALA LUMPUR - Fasa 2 Program Sistem Ramalan Awal Banjir (PRAB) akan memberi...

Gempar Ular Sawa, Tedung...

SINGAPURA – Dua ekor ular, dipercayai jenis sawa batik dan tedung selar, dilihat 'bergelut' di...

Jabatan Imigresen Perkasa Pegawai...

PORT DICKSON - Jabatan Imigresen menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia...

Kerajaan Selangor Bina 11,833...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor meluluskan sebanyak sembilan projek bagi membina 11,833 unit...

Pencemaran Bau, SAINS Tutup LRA Sungai Linggi

SEREMBAN – Seramai 44,828 pengguna di daerah ini dan sebahagian kawasan Port Dickson terjejas berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Kuala Sawah, akibat berlaku percemaran bau, bermula 9 pagi tadi.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata bekalan dijangka pulih semula dalam tempoh 24 jam.

“Hujan yang lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan paras air di Sungai Linggi meningkat, sekali gus turut menarik benda asing seperti sampah-sarap memenuhi permukaan sungai.

“Ekoran itu, pihak kami terpaksa menutup LRA Sungai Linggi serta-merta bagi mengelakkan air sungai yang berbau bercampur dengan air yang sudah dirawat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kawasan yang terjejas di Port Dickson ialah Escort Estet, Kampung Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, Taman Sirusa Jaya Batu 6, Jalan Pantai, seluruh Kawasan Batu 5 dan Batu 4 Jalan Pantai, Kampung Baru Sirusa, Jalan Sua Betong, Taman Desa PD, Kampung Barisan dan kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi.

Ia turut melibatkan Kampung Bagan Pinang, Taman PD Utama, Taman Raja Zainal, Taman Too Kee Kah, Transit Kuarters, Jalan Shell Refinery, Happy Garden, kawasan Batu 1, Jalan Lama, Kampung Chokra, Taman Muhibah, Taman Puteri, Kampung Arab, Taman PD Akasia, Kampung Air Meleleh, Kampung Gelam, Taman PD Tropika, Taman Sri Mawar.


“Turut terlibat kawasan Bukit Pelandok, Chuah, Teluk Kemang, Jalan Pantai, PD Waterfront dan Pekan Lukut hingga Spring Hill,” kata Norzita.

Bagi daerah Seremban pula, kawasan yang terjejas ialah Taman Pinggiran Senawang, Kampung Ulu Rantau, Sekolah Datuk Abdul Razak, RTM, Taman Permata, Ladang Batu 11, Ladang Kombok, Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Ribu, Kampung Sega Ulu, Kampung Sega Hilir, Jalan Kuala Sawah, Kampung Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kampung Belangkan, Industri Nilam Ribu, Taman Bandar Ekar.

Ia turut melibatkan Pekan Rantau, Kampung Takau, Kampung Pening, Kampung Kancong, Taman Rantau, Jalan Air Kuning, Taman Permata, Kampung Siliau Hulu, Kampung Siliau Hilir, Ladang Siliau, Kampung Sungai Sendayan dan Nusari Bayu.

“SAINS memohon maaf atas kesulitan ini dan para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kami di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori