Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Budak Iklan TNB #Lepastu...

MASIH ingatkah lagi anda dengan iklan Hari Raya Aidilfitri dari Tenaga Nasional Berhad (TNB)...

2 Suspek Pukul Mati...

LUMUT - Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang lelaki...

Kanak-Kanak Maut Selepas Disambar...

MIRI – Niat memancing serta mandi bersama rakan untuk mengisi masa lapang semasa...

Pemimpin UMNO, PAS Mesra...

SESUATU yang menarik dan harus dipuji berlaku di sebalik kehangatan hari penamaan calon...

Saingan 100M Lelaki Tanpa Kelibat Badrul Hisyam

IPOH – Saingan acara 100 meter lelaki peringkat separuh akhir Sukan Malaysia (SSUKMA) 2018 yang berlangsung di Stadium Perak, hari ini berjalan tanpa kelibat pelari pecut kebangsaan, Badrul Hisyam Abdul Manap sekali gus menjadi tanda tanya kepada semua penonton yang hadir.

Menurut jurulatih pecut kebangsaan, Mohd Poad Md Kassim, beliau sendiri binggung mengapa Badrul tiada dalam senarai yang pada awalnya mempunyai nama Badrul pada saingan separuh akhir.

“Situasi pada awalnya memang saya dimaklumkan Badrul akan menyertai acara 100m dan 400m tetapi selepas mesyuarat pengurus, saya menerima pesanan beliau tidak boleh mengambil bahagian dalam acara 100m.

“Saya pun tidak pasti di mana silapnya. Saya rasa hanya pengurusan kontinjen Melaka sahaja yang boleh menjawab persoalan itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Walau apa pun yang berlaku, ternyata percaturan Melaka memakan diri apabila hanya Muhammad Aiedel Sa’adon sahaja yang berjaya melangkah ke pentas final acara berkenaan setelah menamatkan saringan separuh akhir pertama di tempat ketiga dengan masa 10.84s.

Sementara itu, atlet Selangor Muhammad Aqil Yasmin menjadi pelari terpantas pada aksi separuh akhir selepas melakukan larian 10.66s sementara pelari Negeri Sembilan kedua terpantas dengan masa 10.77s dan wakil Terengganu Muhammad Zulfiqar Ismail di tempat ketiga dengan masa 10.82s.


Dalam pada itu, dalam acara 400m, Badrul sekadar menduduki tangga kesembilan keseluruhan dengan catatan masa 49.300s serta gagal untuk melayakan diri ke peringkat akhir.

Atlet tuan rumah, Cheah Yau Chung muncul pelari terpantas dalam aksi separuh akhir acara 400m dengan masa 47.890s.

Aksi final acara 100m dan 400m akan berlangsung esok. – BERNAMA

Kategori