Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

KKM Sedia Panduan Pencegahan...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) membangunkan panduan pencegahan dan pengurusan Covid-19 di Pusat Pemindahan...

Duta Produk: Populariti Elizabeth...

WALAUPUN namanya masih lagi baharu dalam bidang hiburan tempatan, namun perkara itu tidak...

4 PPV Lembah Klang...

PUTRAJAYA : Perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara datang terus (walk-in) akan dibuka kepada...

Kuota Matrikulasi: KPM Belum...

KUALA LUMPUR - Keputusan mengenai isu kuota matrikulasi yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet...

Sabah Tetap Komited Usaha Pembangunan Mampan

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah terus komited untuk meneruskan pembangunan mampan melalui perancangan dan dasar-dasar yang mengambil kira keperluan untuk melindungi ekosistem utama di negeri ini, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman hari ini.

Beliau berkata komitmen itu bagi memastikan sumber semula jadi negeri ini seperti hutan bakau terus menyumbang kepada ekosistem seperti melindungi kawasan pantai daripada dibadai ombak.

“Sebarang usaha pemuliharaan yang melindungi warisan semula jadi kita yang tidak ternilai dianggap penting dan perlu diberi perhatian paling utama.

“Melalui dasar-dasar dan peraturan pertumbuhan dan kemampanan, Sabah menyasarkan pertumbuhan dan juga mampu untuk menerajui dan menjadi contoh kepada negara daripada segi pemuliharaan biodiversiti,” kata beliau pada pelancaran Tapak Ramsar Wetland Kota Kinabalu di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Musa juga berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah bukan sahaja komited untuk melindungi hutan bakau dan hutan yang masih kekal tetapi juga bertanggungjawab bagi pengurusan dan pemuliharaan kawasan-kawasan yang mengalami degradasi atas pelbagai sebab termasuk pencerobohan dan kebakaran.

“Melalui pengurusan bakau, usaha dijalankan untuk memelihara kawasan pantai, mewujudkan zon penampan, memulihkan habitat kawasan pantai dan kualiti alam sekitar di samping meningkatkan nilai-nilai estetika,” kata beliau.

Menurut Musa, pengurusan dan pemulihan hutan bakau diberi keutamaan memandangkan tumbuh-tumbuhan bakau seluas kira-kira 338,000 hektar meliputi hutan simpan di Sabah.

Sementara itu, Masidi berkata Kota Kinabalu Wetlands, yang merupakan tapak kedua pensijilan Ramsar di Sabah selepas Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama, dianggap sebagai satu-satunya tanah lembap bandar di dunia yang mendapat pensijilan Ramsar dan ini membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar termasuk kawasan bandar.


“Kawasan 60 ekar (24 hektar) tanah perdana hanya terletak hanya 10 dari pusat bandar tidak boleh diusik bagi pembinaan bangunan-bangunan tinggi dan sebagainya,” kata beliau.

Masidi berkata kerajaan negeri juga sedang mengkaji untuk mencadangkan Tanah Lembap Klias yang terletak dekat Beaufort, sebagai tapak Ramsar yang ketiga di Sabah.

Presiden Persatuan Pemuliharaan Tanah Lembap Sabah Datuk Zainie Abdul Aucasa berkata melalui pensijilan Ramsar, Kota Kinabalu Wetlands sedang mengkaji untuk menaik taraf infrastruktur untuk menggalakkan masyarakat mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan dan program kesedaran.

“Secara terus-terang, kita tidak menggalakkan pelancongan secara besar-besaran kerana mempunyai beberapa spesies bakau dan haiwan di sini yang perlu dilindungi.

“Kita mempunyai spesies bakau yang terancam iaitu “Bruguiera Hainessi” atau dikenali Berus Mata Buaya dan Horseshoe Crab (Ketam Belangkas), spesies yang wujud sejak zaman dinosaur,” katanya.

Menurut Zainie, Kota Kinabalu Wetlands mempunyai kira-kira 30 spesies bakau, hampir 100 spesies burung termasuk burung-burung yang berhijrah dari satu tempat ke satu tempat dan 20 spesies akuatik. – BERNAMA

Kategori