Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PPS Baharu Untuk Mangsa...

TAWAU - Pusat penempatan sementara (PPS) baharu akan didirikan hari ini di hujung...

5 Tips Diet Kekal...

AIDILFITRI menjelang setelah sebulan menahan lapar dan dahaga. Sepanjang bulan Ramadan, aktiviti fizikal...

PAS Terengganu Tidak Setuju...

KUALA LUMPUR - PAS tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk mengulingkan kerajaan Terengganu...

VIDEO: Perbezaan Wanita Hong...

KAMI tak sangka rupa-rupanya rakyat China mempunyai stereotaip tersendiri terhadap kaum wanitanya.Menerusi video yang...

Sabah Sumbang RM6 Juta Untuk Rela Di Esszone

TUARAN – Sumbangan kerajaan negeri Sabah sebanyak RM6 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) negeri bukti kerajaan negeri sentiasa menghargai peranan dan jasa anggota jabatan itu, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Katanya beliau tidak teragak-agak untuk meluluskan jumlah yang begitu besar, khususnya dalam menjayakan penugasan pasukan Rela di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sejak 1 Januari lalu.

“Kerajaan negeri dengan sukacita bersetuju untuk memberi sumbangan ini agar pihak Rela dapat membeli uniform dan peralatan lain bagi memudahkan penugasan di Esszone.

“Sumbangan ini sebagai penghargaan kita kepada anggota Rela selama ini yang telah menjaga keselamatan dan menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran penugasan anggota Rela di Esszone di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah di sini, hari ini.

Sebanyak 504 anggota Rela ditugaskan di Esszone bagi membantu mengawal keselamatan di sana bersama-sama pasukan dan agensi keselamatan lain.

Musa berkata kerajaan negeri turut bersetuju untuk menyediakan tapak bagi pembinaan sebuah lagi pusat latihan Rela bagi pantai timur Sabah.


Menurutnya, pusat latihan kedua jabatan itu akan dibina di Sandakan di tapak seluas kira-kira 20 hektar.

“Saya telah mengarahkan pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk membuat persediaan yang perlu untuk menyerahkan tanah kepada pihak Rela.

“Ini baik untuk Sabah kerana kita bukan sahaja ada pusat latihan di pantai barat, kita juga akan wujudkan satu lagi di pantai timur yang akan memberi kemudahan kepada anggota Rela di sana untuk menjalani latihan,” katanya. – BERNAMA

Kategori