Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Rayani Air Sasar 10...

LANGKAWI - Rayani Air, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, menetapkan sasaran...

Mauricio Macri Menang Pilihan...

BUENOS AIRES - Calon pembangkang, Mauricio Macri memenangi pilihan raya Presiden negara itu,...

Bilangan Mangsa Banjir Meningkat...

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,914 orang...

SPRM Tahan Bekas Timbalan...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas timbalan pengarah sebuah...

Sabah: Perlu Proaktif Kesan Dokumen Palsu Warga Asing

KOTA KINABALU – Agensi keselamatan perlu lebih proaktif dalam mengesan penggunaan dokumen palsu oleh warga asing untuk memasuki Sabah, kata Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS) Mohd Zaki Harry Susanto.

Beliau berkata perkara itu perlu dipandang serius bagi memastikan tiada lagi warga asing sewenang-wenang menggunakan dokumen palsu untuk memasuki perairan negara khususnya di Sabah dan terlepas daripada pemantauan pihak berkuasa.

“Agensi keselamatan juga diharap mengambil iktibar terhadap kegagalan mengesan penggunaan dokumen palsu oleh warga asing untuk memasuki Sabah sebagaimana dilaporkan media arus perdana baru-baru ini kerana ia menggambarkan kelemahan agensi berkaitan dalam menjalankan tugas harian mereka.

“Kita tidak boleh menganggap ia sebagai kes terpencil kerana impak kelemahan adalah besar. Ia bukan sekadar menggambarkan kedaulatan negara mudah dibolosi malahan turut dikaitkan dengan kegiatan militan.

“Sesuatu harus dilakukan untuk mempertingkatkan keupayaan pengesanan dokumen palsu di semua pintu masuk negara khasnya di negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zaki berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai penahanan lapan militan yang merancang membuat serangan penutupan Sukan SEA baru-baru ini, dua daripada mereka dipercayai memasuki Sandakan melalui Kepulauan Basilan, Selatan Filipina dengan menggunakan dokumen palsu.


Dalam pada itu, Mohd Zaki berkata, MPSS juga mahu kerajaan memberi keutamaan kepada usaha mempertingkatkan keupayaan aset berteknologi terkini supaya pelaksanaan tugas hakiki oleh agensi berkaitan lebih berkesan bagi terus menjamin keselamatan masyarakat khasnya di pantai timur Sabah.

Bagaimanapun, MPSS turut mengucapkan syabas kepada pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di bawah kepimpinan komander yang baharu kerana kini kewujudan ESSCOM lebih dirasai di peringkat akar umbi, katanya. – BERNAMA

Kategori