Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PRN: Azmin Biadap Kata...

KUCHING - Barang kali marah dengan tindakan kerajaan Sarawak mengehadkan tempoh berada di...

Covid-19: PKP Penuh Atau...

KUALA LUMPUR - Sanggupkah anda melakukan ‘lockdown’ atau kawalan kendiri? Dengan lonjakan kes...

Tahniah! Sekali Lafaz Feeya...

SEKALUNG tahniah kami ucapkan kepada personaliti terkenal, Feeya Iskandar kerana sah bergelar suri...

Ramai Tidak Tahu Penerbangan...

SIBU - Ramai penumpang yang hendak berlepas dari Lapangan Terbang Sibu ke destinasi...

Sabah Bakal Jadi Pengeluar Utama Pisang Negara

KOTA KINABALU – Sabah bakal menjadi pengeluar utama bagi pelbagai jenis tanaman pisang untuk keperluan rakyat di negara ini, kata Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata Sabah dikenal pasti sebagai negeri yang memiliki tanah subur bagi pengeluaran pelbagai jenis tanaman pisang untuk menampung permintaan yang tinggi di seluruh negara.

“Kita menggalakkan penanam pisang di Sabah supaya memperbanyakkan tanaman pisang.

“Kita akan membeli dan memasarkannya ke seluruh negara, dan pengguna juga akan dapat membeli dengan harga yang munasabah kerana harga pisang di sana (Semenanjung) adalah mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis taklimat Program Jualan Turun Harga dan Seminar Pembekalan Produk ke rangkaian peruncitan FAMA peringkat negeri di sini semalam.

Badruddin berkata FAMA memberi jaminan akan membeli pisang dari Sabah untuk dipasarkan ke Sarawak dan Semenanjung Malaysia.


Pada tahun lepas, lebih 200 petani di Sabah terlibat dalam pengeksportan 500 tan metrik pisang pelbagai jenis ke Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Sementara itu, katanya beliau mahu jumlah usahawan tani di Sabah ditingkatkan dua kali ganda daripada 1,492 orang ketika ini.

Menurutnya, langkah itu untuk mengembangkan ekonomi di peringkat golongan pertengahan dan bawahan yang secara langsung menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk negeri.

“Kita mahu ramai pengusaha muda menjadi pelapis kepada pengusaha sedia ada dan juga graduan untuk menjadikan perniagaan sebagai kerjaya sekali gus menjadikan Sabah sebagai pengeluar makanan berasaskan buah-buahan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori