Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penerima Vaksin Masih Berisiko...

KUALA LUMPUR - Pakar kesihatan awam memohon kerajaan meneliti semula cadangan membenarkan penerima...

Anggota Polis Maut Digilis...

NILAI - Seorang anggota polis maut digilis sebuah lori dalam kejadian langgar lari...

Agong Rasmi Pembukaan Dewan...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat...

UniSZA: Biasiswa Untuk Pelajar...

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menawarkan lebih RM700,000 biasiswa...

RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 Lulus

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu yang antara lain menganggap kanak-kanak sebagai saksi kompeten bagi kes jenayah seksual, dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan diluluskan di peringkat dasar semalam.

Ia diluluskan selepas dibacakan kali ketiga di hadapan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said kira-kira 6.15 petang ini.

Sebelum itu, ia dibahaskan antara kem kerajaan dan pembangkang dalam beberapa isu teknikal dalam RUU tersebut seperti umur, definisi mangsa, terma pornografi kanak-kanak, keterangan saksi dan kawasan kuasa pelaksanaan RUU itu.

RUU bertujuan melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual ini dicadang terpakai kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun, selaras Akta Kanak-Kanak 2001.

Azalina ketika sesi penggulungan berkata RUU itu menaikkan status kanak-kanak untuk memberi keterangan tanpa sokongan walaupun undang-undang sedia ada ketika ini menyatakan sebaliknya.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak mahkamah masih mempunyai kuasa untuk memberi pertimbangan sama ada mereka (kanak-kanak) boleh memberikan keterangan.

“Tiada definisi umur berhemah kanak-kanak, tetapi mahkamah memutuskan usia mentah adalah antara umur 13 tahun ke bawah. Oleh itu umur kanak-kanak bijak adalah dalam lingkungan 14 sehingga 18 tahun, mereka ini boleh memberi keterangan secara bersumpah,” katanya.

Menjawab soalan P.Kasthuriraani (DAP-Batu Kawan) yang ingin tahu cara pendakwaan terhadap kanak-kanak berstatus tidak bernegara dan pelarian, Azalina berkata prosedur dan pemakaian undang-undang adalah sama terhadap semua kanak-kanak sekiranya jenayah berlaku di Malaysia.


“Bagi menentukan umur kanak-kanak, pihak pendakwa akan memohon Polis Diraja Malaysia untuk kanak-kanak terlibat menjalani ujian dan sekiranya disahkan kanak-kanak akta-akta sedia ada adalah terpakai,” katanya.

Mengikut RUU itu juga, mana-mana orang yang membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.

RUU itu juga menyebut individu yang melakukan kesalahan amang seksual fizikal boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ini termasuk menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak, membuatkan kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian orang itu atau melakukan kontak fizikal dengan kanak-kanak tanpa persetubuhan.

Bagi amang seksual bukan fizikal seperti melakukan aktiviti bersifat seksual di hadapan kanak-kanak selain mengikuti atau memerhati atau menghubungi seseorang kanak-kanak dengan apa cara berulang kali atau kerap, individu yang melakukan kesalahan itu boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

RUU itu juga memperuntukkan mana-mana orang yang tidak memberikan maklumat mengenai perlakuan atau niat mana-mana individu untuk melakukan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000. – BERNAMA

Kategori