Russia Serang Kilang Penapis Minyak Utama Di Tengah Ukraine

26

KYIV: Tentera Russia melancarkan serangan roket dan peluru berpandu terhadap sebuah kilang penapis minyak utama di bandar Kremenchuk di wilayah Poltava di tengah Ukraine.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua pentadbiran tentera-awam Poltava, Dmytro Lunin, berkata 12 roket membedil infrastruktur fasiliti kilang di Kremenchuk, dengan kebanyakannya menyasarkan loji penapis minyak.

“Serangan hari ini di wilayah Poltava mungkin adalah yang terbesar sepanjang peperangan skala penuh ini,” katanya menerusi Telegram.

Jelas beliau, serangan peluru berpandu itu menyebabkan kebakaran di kilang penapisan minyak berkenaan, namun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.

Menurut laporan media tempatan, kilang Kremenchuk yang berkeupayaan mengeluarkan 18.6 juta tan minyak, adalah kilang penapisan terbesar di Ukraine.

Operasi fasiliti itu digantung selepas ia diserang peluru berpandu Russia pada awal bulan lalu.

BHonline-