Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Pakai Kostum Gorila,...

SEORANG lelaki memakai kostum gorila dan bersembunyi di bawah tilam semasa dia diburu...

18 Pendaki Terkandas Di...

GURUN - Seramai 18 pendaki yang terkandas di Gunung Jerai dekat sini semalam...

Mayat Lelaki Terapung Di...

ALOR SETAR - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di perairan Pulau Bunting dekat...

Nestle Lancar Hab Perolehan...

PETALING JAYA – Pengeluar makanan dan minuman yang terbesar, Nestlé S.A, menyasarkan untuk...

Rusia Mula Kurangkan Tentera Di Syria

SOCHI – Tentera Russia akan mengurangkan pembabitannya di Syria tahun ini kerana sudah hampir mencapai matlamatnya di negara itu, kata Ketua Turun Staf kepada wartawan semalam.

“Sudah pasti, akan ada keputusan diambil ketua komander dan kumpulan yang bertugas di Russia akan dikurangkan.

“Apabila kami menyelesaikan tugasan, tugasan tentera. Cuma sedikit yang kekal di situ,” kata Valery Gerasimov apabila ditanya sama ada Russia akan mengundurkan tenteranya di Syria menjelang akhir tahun ini.

Ditanya mengenai tahap pengunduran, Gerasimov berkata ia bersifat ‘besar-besaran’ walaupun tidak jelas sama ada beliau merujuk kepada tahun ini atau pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Beliau berkata, sebahagian anggota akan dikekalkan di negara itu walaupun selepas Moscow mengurangkan pembabitannya dalam pengeboman dan pertempuran.


“Kami akan membiarkan Pusat Perdamaian, dua pangkalan tentera di Tartus dan Hmeimim dan beberapa struktur penting untuk mengekalkan keadaan negara yang dibangunkan buat masa ini,” kata Gerasimov.

Putin, minggu ini menjadi hos pertemuan antara Presiden Bashar al-Assad selain pemimpin Turki dan Iran apabila mengisytiharkan krisis Syria sudah memasuki fasa baru. – AFP/BH ONLINE

Kategori