Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ada Sebab Saya Tumbuk...

PENGARAH Azma Aizal Yusoof yang didakwa memukul pelakon Ika Nabella di set penggambaran...

Penemuan Haiwan Pelik Cetus...

SEJAK kebelakangan ini, semakin banyak pula penemuan makhluk-makhluk pelik yang sebelumnya tiada dalam rekod...

Anggota UMNO Dipelawa Sertai...

PAS mempelawa anggota UMNO menyertai parti itu untuk membentuk gabungan yang kuat selepas...

AirAsia Catat Pertumbuhan Penumpang...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd merekodkan pertumbuhan tujuh peratus bagi trafik penumpang pada...

Rusia ‘Bersubahat’ Terhadap Kekejaman Assad: Pentagon

WASHINGTON – Rusia adalah rakan subahat terhadap kekejaman dilakukan Presiden Syria, Bashar al-Assad kerana sengaja melanggar syarat gencatan senjata di wilayah terkepung Timur Ghouta, kata Pentagon semalam.

Ribuan orang awam berpusu-pusu keluar dari Timur Ghouta ketika rampasan sebuah bandar utama membawa kerajaan Syria lebih hampir untuk mengambil alih wilayah pemberontak musnah di luar Damsyik itu.

“Russia membuat pilihan sengaja untuk tidak menghalang rejim. Justeru, pembunuhan beramai-ramai di Timur Ghouta berterusan. Russia bersubahat dari segi moral dan bertanggungjawab atas kekejaman Assad.

“Kami mendesak Russia memaksa rejim Assad berhenti membunuh rakyat Syria tidak berdosa dan membenarkan bantuan amat diperlukan sampai kepada penduduk di Timur Ghouta serta kawasan terpencil lain.

“Kami menyokong diplomat kami dalam usaha menyelesaikan konflik dengan proses Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) disokong Geneva,” kata jurucakap Pentagon, Dana White kepada media.

Seramai 15 anggota Majlis Keselamatan PBB termasuk Amerika Syarikat (AS), secara sebulat suara menerima satu resolusi bulan lalu, menuntut gencatan senjata selama sebulan. Namun ia tidak dihormati.

Tentera rejim disokong Russia dan militia sekutu memulakan kempen pengeboman besar-besaran 18 Februari lalu di Timur Ghouta, kubu terakhir pembangkang berhampiran Damsyik, sebelum melancarkan tentangan darat seminggu kemudian.

Russia, yang menjadi negara mengundi menyokong usul PBB itu memberi isyarat semalam, ia akan terus menyokong Damsyik dalam tentangan ketenteraannya.


“Kami akan terus menentang pengganas, kami akan menghapuskan mereka di Timur Ghouta di mana tentera Syria kini menjalankan operasi dengan sokongan kami,” kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.

Serangan di wilayah terkepung itu menyebabkan 1,250 orang awam maut dengan satu perlima daripadanya atau 250 orang adalah kanak-kanak.

“Russia sama ada tidak cekap, melakukan tindakan pelanggaran atau kedua-duanya. Negara itu menyokong rejim Assad, bukan menyasar pengganas sekutu Al-Qaeda di Syria. Russia dapat menghentikan kematian orang awam di Syria,” kata White.

Sementara itu, Penasihat Keselamatan Presiden Donald Trump, HR McMaster, secara berasingan berkata, ‘semua rakyat bertamadun perlu mempertanggungjawabkan Iran dan Russia atas peranan mereka kerana membenarkan kekejaman dan penderitaan kemanusiaan berkekalan di Syria.’ – AFP/BH ONLINE

Kategori