Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tindakan DoJ Berunsur Politik...

KOTA BHARU - Tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaharu...

Projek PSN Tanjung Dawai...

SUNGAI PETANI - Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Tanjung Dawai yang mengandungi 300...

Awas! Bahan Asing Dadah...

GEORGE TOWN - Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kopi pracampuran yang diminum...

Umat Islam Dinasihat Jangan...

KANGAR - Umat Islam diingatkan jangan terlalu asyik berpolitik sehingga mengabaikan ekonomi yang...

Rundingan AS-China Tidak Berjaya

WASHINGTON/BEIJING – Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) dan China menamatkan rundingan dua hari tanpa sebarang kejayaan besar, malahan perang perdagangan antara kedua-dua negara semakin meruncing dengan satu lagi pusingan tarif baharu ke atas barangan bernilai AS$16 bilion (RM65.74 bilion) dikenakan.

“Kami merumuskan rundingan dua hari dengan rakan sejawatan dari China dan bertukar pandangan bagaimana keadilan, keseimbangan dan timbal balik dalam hubungan ekonomi dapat dicapai,” kata jurucakap Rumah Putih, Lindsay Walters, dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi emel.

Rundingan merangkumi “menangani isu-isu struktural di China,” termasuk harta intelek dan dasar pemindahan teknologi, kata Walters.

Pegawai pentadbiran Trump yang terbabit akan memberi taklimat kepada ketua agensi masing-masing berhubung hasil rundingan itu, katanya.

Pelaksanaan tarif 25 peratus Khamis tidak mengganggu rundingan yang diterajui pegawai perbendaharaan AS, David Malpass, manakala China diwakili Timbalan Menteri Perdagangannya, Wang Shouwen.


Ia adalah pertemuan pertama AS-China sejak Jun bagi mencari penyelesaian berhubung keretakan akibat konflik perang perdagangan antara kedua-dua kuasa besar ekonomi dunia itu. – Reuters/BH ONLINE

Kategori