Rumah Terbuka Sultan Johor Pada 2 Syawal

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi di sini pada hari raya kedua Isnin ini.

Menerusi laman Facebook Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis berkenaan bermula 10 pagi hingga 3 petang.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menjemput seluruh Bangsa Johor untuk menghadiri majlis berkenaan.

– BERNAMA

Loading...