Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hina MB Terengganu: Kontraktor...

KUALA TERENGGANU – Seorang kontraktor wanita berumur 45 tahun ditahan reman tiga hari...

Vietnam Juarai Piala AFF...

HANOI - Vietnam memenangi Piala AFF Suzuki buat kali kedua selepas 2008 dengan...

Kenyataan Umum Saksi Kes...

KUALA LUMPUR - Sebarang kenyataan umum berhubung kes pembunuhan Kim Chol daripada mereka...

Pahang Bersedia Hentikan Projek...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bersedia membatalkan projek pembalakan dan pembangunan di Hutan...

Rumah Terbiar Jadi Sarang Penagih Akan Diroboh – MPKB

KOTA BAHARU – Pemilik yang tidak memantau rumah mereka yang ditinggalkan terbiar sehingga menjadi ‘sarang penagihan dadah’ akan dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Nik Mohd Noor Nik Ishak berkata penagih akan mengambil kesempatan untuk menjadikan rumah terbabit sebagai markas atau ‘port’ mereka untuk melepaskan gian.

“Biasanya ‘port’ penagih ini dipenuhi dengan barangan terbuang dan sampah sarap yang banyak dan berbau busuk,” katanya kepada Bernama di sini.

Nik Mohd Noor berkata dalam operasi bersama polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Berek 12 di sini, baru-baru ini, pihaknya mendapati terdapat pemilik tanah yang membiarkan tanah mereka menjadi semak dan sarang penagihan dadah.

“Kawasan tanah terbiar itu juga menjadi tempat penagih dadah mengumpulkan bahan terbuang yang dikutip atau dicuri sebelum menjualnya di kedai barangan lusuh,” katanya.

Nik Mohd Noor berkata sebelum tindakan meroboh rumah, pihaknya terlebih dahulu akan meminta pemiliknya membersihkan kawasan mereka dan mengawasi supaya tidak dijadikan sarang penagih.


Sementara itu, Penolong Pegawai AADK daerah Kota Baharu, Syahrir Jusoh berkata AADK mengadakan program ‘MyBeautiful Malaysia’ sejak tahun lepas, dengan kerjasama MPKB, Pejabat Tanah dan Jajahan serta Skuad 1Malaysia untuk membersihkan kawasan yang menjadi sarang penagih.

Katanya matlamat program adalah ‘Perangi Pil Kuda’ dengan pendekatan membasmi dan menghapuskan sarang mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori