Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Malaysia Sekat Masuk...

PUTRAJAYA - Malaysia menyekat sementara kemasukan semua pelawat dari Korea Selatan termasuk warganegara...

Kereta Blok Jalan, Iqram...

KERETA diparkir di tepi dan tengah jalan bukanlah satu situasi baharu berlaku di...

BNM Tidak Iktiraf Platform...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) tidak pernah mengiktiraf Coinzer, satu platform...

Punca Kuasa Penubuhan, Tadbir...

KUALA LUMPUR : Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan masih penting kerana...

Wanita Kurang Siuman Bakar Sampah Dalam Rumah

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita dipercayai kurang siuman yang membakar sampah di dalam rumah membawa padah apabila kediamannya musnah dijilat api dalam kebakaran di tingkat 16, Rumah Pangsa Sri Tioman, Taman Melati di sini, petang semalam.

Komander Operasi Kanan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rohaizad Ruzali berkata kejadian pada kira-kira 6.30 petang itu, rumah yang dipenuhi dengan barangan lusuh itu musnah sepenuhnya.

“Wanita berusia 49 tahun itu dipercayai bertindak membakar barangan lusuhnya seperti plastik yang menyebabkan api marak dengan pantas.

“Sejurus mangsa mendapati api semakin marak, dia bertindak keluar dari rumah itu untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.


Menurut Rohaizad, ketika kejadian suami wanita yang berusia 49 tahun itu belum pulang dari tempat kerja dan kejadian telah dimaklumkan jiran kepada suami wanita terbabit.

Rohaizad berkata seramai 36 anggota dan pegawai bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Keramat, Setapak dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori