Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mastura Miliki Kelebihan, Mampu...

KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen...

Ngeri! Muka Lelaki Terbelah...

Ia umpama cerita sains fiksyen namun itu yang berlaku kepada seorang lelaki, Bill...

Ucapan Wawa Zainal Kepada...

ROMANTIS sungguh melihat perhubungan selebriti terkenal, Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang diibaratkan...

PAN Kata Salahkan PAS...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan penyokong pembangkang bahawa pertembungan Pakatan...

Rumah Jadi Stor Barang Curi

KUANTAN – Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurang lima kes pecah rumah di sekitar daerah ini ekoran penahanan dua rakan hasil serbuan ke atas sebuah rumah di Semambu Baru, kelmarin.

Susulan penahanan suspek berusia 23 dan 38 tahun itu, polis turut menemui pelbagai barangan curi dan peralatan pecah rumah disimpan dalam tiga bilik di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam serbuan kira-kira jam 7.20 petang itu, dua suspek berada di dalam rumah tersebut.

“Selepas memperkenalkan diri polis melakukan pemeriksaan ke atas suspek dan seorang daripada mereka mengakui rumah tersebut miliknya.

“Pemeriksaan lanjut menemui dua buah komputer riba, satu projektor, empat pembesar suara dan pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah ditemui disimpan dalam tiga bilik berasingan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, hasil siasat awal, suspek mengaku terlibat dalam lima kes pecah rumah sekitar bandar Kuantan.

“Semakan rekod mendapati suspek pertama memiliki dua rekod lampau di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dadah.


“Manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dan barang rampasan dibawa balik ke balai untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine,” katanya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk kemungkinan suspek terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan jenayah lain yang pernah dilaporkan di daerah ini. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori