Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Thomas Dahului Dengan 2...

KUALA LUMPUR - Penyandang juara, Justin Thomas mengekalkan misi mempertahankan kejuaraan Kejohanan Golf...

Telco Sokong Gesaan Menteri...

KUALA LUMPUR - Syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini menyatakan sokongan mereka terhadap...

3 Penjual Telur Penyu...

SANDAKAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara terhadap tiga...

Wajah Lelaki Suspek Kelar...

KES pembunuhan menyayat hati Nursyuhada Johari,19, yang dikelar oleh kenalan lelakinya amat memilukan hati...

Rugi RM300,000 Jual Produk Kecantikan Tak Berdaftar

KUALA TERENGGANU – Gara-gara ingin mengaut keuntungan lebih, sepasang suami isteri menanggung kerugian bernilai lebih RM300,000 apabila lebih 3,000 kotak produk kecantikan yang dijual mereka menerusi online, dirampas dalam serbuan di premis pasangan itu di Jalan Pasir Panjang, dekat sini, dua hari lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar berkata pasukan Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merampas produk itu selepas mengesan pasangan yang berumur 35 dan 20-an itu menjual dan mengeluarkan sendiri produk kecantikan tidak berdaftar yang merupakan kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

“Difahamkan pasangan berkenaan menjual produk tersebut dengan harga RM80 satu botol, sedangkan modal yang diperlukan hanya RM10 untuk sebotol produk tersebut,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam serbuan berasingan pada 11 Jan lalu, seorang wanita berumur 20-an turut berputih mata apabila pelbagai produk kecantikan yang dijual di premisnya di Gong Badak, di sini bernilai RM20,000 turut dirampas di bawah akta sama kerana mengeluarkan sendiri produk kesihatan yang tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi.

Katanya, untuk kedua-dua kes ini pihak Cawangan Penguatkuasa Farmasi JKNT terlebih dahulu melakukan pemantauan selama dua bulan ke atas produk yang dirampas termasuk penjualannya yang dilakukan secara online di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Kedua-dua suspek boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan denda yang diperuntukkan adalah tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan RM50,000 atau lima tahun penjara bagi kesalahan berikutnya,” katanya.


Sehubungan itu JKNT mengingatkan semua pengguna agar membeli dan menggunakan produk kesihatan dan kosmetik yang berdaftar dan bernotifikasi serta tidak terpengaruh dengan testimoni di laman sosial yang tidak diketahui kesahihannya.

“Ini kerana keluaran yang tidak berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah adalah tidak selamat untuk digunakan kerana kualiti, keselamatan dan keberkesanannya tidak terjamin,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan produk yang tidak berdaftar ini mempunyai bahan campuran palsu seperti ubat perangsang seksual sildenafil, agen pelansing sibutramine dan steroid yang boleh memudaratkan kesihatan.

“Sementara produk kosmetik yang bernotifikasi pula kebanyakan mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hidrokuinon, tretonin dan merkuri yang boleh menghakis lapisan luar kulit dan mendedahkan pengguna kepada risiko kanser kulit,” katanya. – BERNAMA

Kategori